Saturday, October 30, 2010

Warung Maisarah - Antara Bandung

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Saya tak boleh nak cakap mee bandung Muar lebih sedap dari mee bandung Batu Pahat. Mee bandung Batu Pahat dgn mee bandung Muar ada keistimewaan tersendiri. Macam jugak LAKSA. Ada laksa johor, laksa penang, laksa kedah, laksa sarawak. walaupon semuanya laksa... tapi cara menyediakan berbeza. Setiapnya ada keistimewaan tersendiri. Cuma saya boleh senaraikan sedikit perbezaan antara keduanya.

Ramuan Mee Bandung Muar ni memang lain pasal kita guna banyak udang kering dan ada juga menggunakan udang basah dan sup tulang.” Batu Pahat Berasaskan kacang tanah dan udang kering. Rasa Mee Bandung Batu Pahat lemak dan udang. Muar rasa udang dan pedas. Warna kuah Mee Bandung Batu Pahat kuning kecoklatan. Muar kemerahan. Bentuk Mee Bandung Batu Pahat serbuk. Manakala Mee Bandung Muar pes basah.

Nak tahu.. kena cuba rasa sendiri dan bezakan.

Nak makan Mee bandung yang sedap pada harga murah?

RM7 sebungkus jer,makan untuk 10 orang dengan citarasa sendiri.

Mee Bandung Muar Juga dikenali sebagai Mee Bandung Muara, dimasak bersama air daging, telur, sotong kembang, daging, sawi dan ditaburkan bawang goreng. Enakkan.

Senarai Produk & Harga Sept 2010

MAK PON Mee Bandung Power (400 gram) RM11.00
MAK PON Kuah Rojak (Bekas) 4.00

MAK PON Mee Bandung (400 gram) RM7.00
MAK PON Rendang (250 gram) RM7.00

MAK PON Sambal Ikan Bakar (600gram) RM7.00
MAK PON Asam Pedas(450gram) RM7.00

MAK PON Mee Rebus (400 gram) RM7.00
MAK PON Soto (250gram) RM7.00


Perencah Nasi Bariani Maharani(100Gram) - RM5.00,
Perencah Bariani Maharani (250Gram) - RM7.00,
Perencah Ayam Tandoori Amal - RM4.00
Dapatkan Segera!

TM Final Piala Malaysia 2010

Menjelang pertemuan Kelantan menentang Negeri Sembilan yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 oktober 2010 iaitu malam ini.. Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara...

DOA KAMI BERSAMA PASUKAN NEGERI SEMBILAN!

HOBIN JANG HOBIN JANG! AGI IDUP AGI NGELABAN!

Saturday, October 23, 2010

Tips Keluarga Bahagia


Hari ini saya nak share satu tips yang simple bagaimana kita boleh berjimat tanpa menjadi kedekut. Kurangkan makan di luar. Cubalah masak dan makan di rumah bersama keluarga. Perbezaan terlalu besar di antara masak sendiri dan makan di kedai. Kita juga dapat meluangkan masa bersama keluarga.Kalau waktu bekerja pulak, boleh la bawak bekal makanan yang dah dimasak kat rumah. Oh ya, jangan pula jadi kedekut sehingga tidak mahu langsung makan makanan sedap-sedap dan sanggup ikat perut. Ingat, berjimat dengan tidak membazir. Bukan Kedekut.

Thursday, October 21, 2010

Penjimatan Seisi Keluarga


Menikmati Hidangan di Kopitiam???

Tanpa Keluarga Di Sisi!

Kerana Agak Mahal????

Insyallah! Anda masih mampu berjimat dengan membeli perencah di sini disamping menikmati hidangan bersama-sama keluarga. Kalau makan di kedai pun sepinggan mee bandung hampir RM5. Fakta Sebenar! Kebanyakan hotel, Restoran Asam Pedas terkenal menggunakan pes segera yang boleh didapati dari Muar.

Thursday, October 14, 2010

Mee Bandung Muar Asli


Sebenarnya mee bandung nie perencahnya adalah yg dah siap punya. Jenama perencah mee bandung mak pon nie antara jenama yg terkenal tau kat Muar.. Jenama Mak Pon nie pun sebenarnya bukan utk mee bandung je tp macam-macam ada ...ada perencah soto, mee rebus, sambal rojak, sambal untuk ikan bakar dan macam-macam lagilah...rasa mcm semua nak beli...he..he..sedap tau belum cuba belum tau. So bagi kita-kita yang bekerja nie teramatlah mudah dan senangnya nak memasak dan menjimatkan masa lagi kalau ada kawan-kawan atau sedara mara yang datang mengejut...apalagi masukkan jelah perencah nie dalam periuk x payah tumis dah...masukkan air biasa atau rebusan daging dan tambahkan je lah bahan yg lain mengikut citarasa masing-masing ..pas tu dah siap...senangkan... :) so sesiapa yang berminat bolehlah cuba dapatkan perencah mee bandung mak pon nie di sini ye.

Tuesday, October 12, 2010

DJ Hotfm Beli Perencah!

Gambar Sekadar Hiasan

Assalamualaikum wrt. wbt. Benarkah DJ Hotfm beli perencah di sini. Saya menjawab persoalan anda. Bukan DJ tapi seorang tenaga kerja belakang tabir HotFM telah membeli perencah di sini. TQVM. HotFM memang hangat. Saya mesti pilih HotFM.

Sunday, October 10, 2010

COD or DDD For Free!


COD - Cash On Delivery
DDD - Door to Door Delivery

Berita Baik! Penghantaran Percuma (Exit Tol PLUS) Seri Kembangan - Kajang - Bangi - Nilai - Seremban. Penghantaran Percuma (Exit Tol LEKAS) Laluan Jalan Loke Yew, Cheras, Saujana Impian Kajang, Kajang Perdana, Rinching. Penghantaran Percuma/COD di Kuala Lumpur lokasi terpilih Pusat Bandar, Stesen LRT SOGO, Jalan Tun Razak, Kampung Pandan dll. Penghantaran Percuma/COD Seremban dan Senawang. Perkhidmatan Penghantaran di luar kawasan terpilih akan dikenakan bayaran berpatutan. Ampang RM6, Cyberjaya RM6, Putrajaya RM6. Perkhidmatan menggunakan pos laju turut disediakan. Kos ditanggung oleh pembeli.

MAKLUMAT LANJUT
SMS & CALL
012-9789529