Sunday, November 28, 2010

PBC Shoppe - TQ Pelanggan SeMalaysia

ANTARA PELANGGAN REMPAH2u - [Order Sabarudin DBKL] Order Midah DBKL [Order Kak Rad DBKL] Order Kak Jue DBKL [Order Kak Sam DBKL] Order Bangi [Order Bangsar-Menara TM] Order CC Yati DBKL [Order Adziah CIMB] Order CT [Order Cyber JPJ] Order Damansara [Order Hartamas] Order Syukri HKL [Order HotFM] Oder Icah [Order Ita JB] Order Larkin [Order Kajang] Order Kajang Saujana Impian [Order Kajang Taman Saujana] Order Kolej Height Sikamat [Order Kajang Cheras] Order Marcosa [Order MPS] Order Jasmin Ampang [Order Puchong] Order Penghulu Cantik [Order Rasah] Order Shah Alam [Order Sabah Arisa] Order Azizah Petronas Segamat [Order Selayang] Order Semarak [Order Seremban] Order Seremban2 [Order Sg Besi] Order Wangsa [Order UOA] Order TSJ [Order Taman Satria] Order Tasya Alliance Bank] Order Sikamat, Order Kak Lina Q616 Andalucia, [Pelanggan Car Boot Sale Senawang] Pelanggan Car Boot Sale Ayer Keroh Melaka [Order D'elise] Order Sabah Puan Ros, Pelanggan Sekitar Seremban-Senawang-KL [Pelanggan DBKL] dan ramai lagi. TERKINI ORDER CYBERJAYA PUAN KAFLINA KAMARUL. ORDER BUKIT DESA. ORDER PUCHONG. ORDER GANU HANIF. DAN RAMAI LAGI. TERIMA KASIH DAUN KELADI. KALAU SEDAP BELILAH LAGI. BUDI BAIK ANDA KAMI HARGAI. SYUKRAN.

Wednesday, November 24, 2010

PBC Shoppe - Produk Dari Muar


Saya menjual PES Mee Bandung Muar sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor & N9.

Di Muar, Mee bandung muar ini sgt popular dikalangan semua bangsa sehingga kini..

PES ini,mudah diedarkan di gerai2 makan, restoran2... pasar2 malam,rakan2, jiran mahupun saudara mara..

Ianya pula sangat mudah disediakan, tahan lama (dlm peti ais)... dan rasanya....emmmmm memanglah lazattttttt!!!!! Keasliannya pula, pastilah yg terbaekkk punya!!!


Sesiapa yang ingin membuat sendiri ikan bakar di rumah, saya ada menjual pes ikan bakar yang enak rasanya untuk dicuba.

Saturday, November 20, 2010

PBC Shoppe - Trademark Perniagaan Kami!

  1. Kemudahan penghantaran Senawang hingga Kuala Lumpur.
  2. Penghantaran secara pos bagi pelanggan di luar kawasan.
  3. Penjimatan luar biasa semasa membeli hingga hidangan.
  4. Menikmati juadah yang enak dan sedap bersama keluarga,
  5. Dimana-mana juga tidak kira di rumah, pejabat, majlis.

Sunday, November 14, 2010

Senawang, Kuala Lumpur, Seremban (SKS)

1 Malaysia - Senawang - Seremban - K.Lumpur
Senawang Ke Kuala Lumpur Ke Seremban (SKS)

Saturday, November 13, 2010

Pandai Memasak Bermacam Resipi

PERENCAH MAK PON TERKENAL DI SELURUH MALAYSIA
BOLEH DI DAPATI DARI SENAWANG HINGGA K. LUMPUR
SILA DAPATKAN DARI REMPAH2U. BOLEH DI POS JUGA.

Thursday, November 11, 2010

PBC Shoppe - Tempahan Daripada Sabah


Baru-baru ini saya menerima satu tempahan perencah/rempah daripada Sabah. Saya amat exited kerana ini adalah tempahan pertama kami dari negeri di bawah Bayu yang berjaya memandangkan kadar pos tinggi dan bergantung pada jumlah berat…

“Salam. Saya Arisa dari Sabah. Berminat nak beli 2 bungkus rempah soto. 1 bungkus mee rebus dan 1 bungkus mee bandung. Termasuk kos pos ke Sabah.” Arisa Ahmad IPD, Ranau Sabah.
Berat bersamaan 1.35kg atau 1350g total kos RM15 + 25% = RM18.90. Terima Kasih Cik Arisa.

Monday, November 8, 2010

Kesilapan Semasa Proses Penyediaan Makanan


Makanan dan Minuman

Penyediaan Makanan

Alatan yang digunakan bersih dan mengasingkan peralatan untuk mengendalikan makanan masak dan makanan mentah. Makanan mesti dimasak secukupnya dan dimasak di tempat yang bersih, tinggi dan kalis air.

Penyimpanan Makanan

  1. Makanan masak dan makanan mentah perlu diasingkan tempat penyimpanannya.
  2. Simpan makanan di tempat dan suhu yang selamat.Makanan yang hendak disediakan perlu dinyahbekukan secukupnya sebelum dimasak.
  3. Elakkan makanan disimpan di antara suhu 10oC – 60oC.
  4. Makanan hendaklah disimpan pada suhu dibawah 4oC dan melebihi 60oC.
  5. Jangan simpan makanan yang telah dimasak 4 jam pada suhu bilik.

Simpanan Sejuk

  1. Asingkan penyimpanan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak pada ruang yang berbeza. Ruang di bahagian atas adalah untuk makanan yang telah dimasak dan ruang dibahagian bawah untuk makanan yang belum dimasak.
  2. Makanan mentah dan makanan masak perlu disimpan di dalam bekas tertutup rapat.
  3. Makanan mentah yang menitis perlu diletakkan dibahagian bawah dengan bekas yang sesuai.

Simpanan Sejuk Beku

  • Ikan dan daging hendaklah disimpan dalam ruang beku secepat mungkin.
  • Simpanan perlu dilakukan dalam bahagian-bahagian yang kecil.
  • Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah dinyah sejuk beku.
  • Penyimpanan makanan untuk disejukbeku mestilah di dalam bekas yang tidak telap wap air untuk mengelakkan kekeringan.
  • Makanan mentah hendaklah dicuci dengan sempurna sebelum di simpan.

Simpanan Kering

  • Bahan kering seperti rempah, beras dan tepung perlu disimpan di tempat yang kering.
  • Simpanan mestilah tinggi daripada aras lantai dan jauhkan daripada dinding dan paip.
  • Jangan menyimpan makanan kering di dalam bekas bahan kimia.
  • Ruang penyimpanan mestilah kering dengan pengudaraan yang baik, pengcahayaan yang cukup dan dinding yang bersih.

Penyajian Makanan

Bekas hidangan halal tidak boleh digunakan untuk makanan yang tidak halal. Makanan yang telah dimasak tidak boleh dikendali dengan tangan. Bekas makanan yang berisi makanan tidak boleh ditindih semasa dipamerkan atau dihidangkan. Makanan yang sedia dimakan dan dipamerkan perlu ditutup dengan sempurna. Buahan yang dipotong hendaklah diletakkan didalam kabinet dalam cara yang tidak menjejaskan kebersihan dan keselamatan makanan.

Saturday, November 6, 2010

Jualan Terbuka Sempena Hari Raya Haji 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha,
Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban

Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang. Kami di Rempah2u menyediakan berbagai perencah untuk masakan antaranya Soto, Mee Bandung, Mee Rebus, Nasi Beriani pun ada dan lain-lain lagi. Sangat melazatkan. Sila hubungi saya Shaiful 012-9789529. Terima Kasih.

Thursday, November 4, 2010

Warung Mee Bandung Maisarah, Senawang

~ Malaysia :: 马来西亚, Singapore :: 新加坡 ~
WARUNG MAISARAH - Kedai Kopi Melayu
Mee Bandung Muar 麻坡 موار முஅர்
Mee Bandung, Asam Pedas, Ikan Bakar, Soto,
Nasi Bariani, Mee Rebus, Kopi & Roti Bakar dll
________________________________________
Mengapa perlu berbangga dengan KOPITIAM???
Kita juga ada identiti dan estetika kita sendiri.
Ke arah memartabatkan bangsa Melayu.

Wednesday, November 3, 2010

Asam Pedas Muar Johor


Ada banyak koleksi kedai Asam Pedas yang popular disekitar Muar antaranya Parit Jawa, Bandar Muar yakni di sekitar Gerai Tanjung Mas dan kedai di Jalan Joned. Bagi pengemar Asam Pedas sekitar Muar, mereka lebih suka pada ikan Mayong atau dikenali ikan duri juga.