Friday, December 31, 2010

PBC Shoppe - Message FB


Hello, My name is MeiFoong and I saw your facebook on DIY . I like the rempah rempah that you have on. Can I order some from you? I live in Atlanta, Georgia. I missed cooking authentic Malaysia food. I haven't been back home for over 5 years !!! But I hope to go back next year soon.Please let me know. ok My email address is :meifchou@gmail.com Banyak Terima Kasih My Feedback according to msg. No problem.. But I need to check the rate & packaging prosedure. I'll confirm u later. Tq.

PBC Shoppe - Kempen Berjimat

Hidangan Berkualiti Pada Harga Berpatutan
Ramai Yang Gemarkannya.
Rasa Enak Sentiasa.
Jimat Pulak tu.

PBC Shoppe - Pembangunan Ekonomi 2011


Persoalannya adakah Umat Islam di Malaysia selesa menjadi pengguna tetapi pengeluar sebaliknya. Oleh itu mari kita tanamkan azam pada tahun baru 2011 untuk menyokong ekonomi yang dipelopori orang Islam. - Shaiful Yahya

PBC Shoppe - Support Produk Melayu Islam

Kami di sini menyokong perjuangan produk IKS Melayu Islam..
Anda bagaimana? Kalau sayang kepada Islam mulakan dari sekarang.
Bermula di rumah, pemakanan dan ekonomi, kedai kopi CaYa?

PBC Shoppe - Tahun Baru 2011


Tahun 2010 sebentar lagi akan digantikan tahun 2011

SELAMAT TAHUN BARU 1 MALAYSIA

Wednesday, December 29, 2010

1Malaysia - AFF SUZUKI CUP 2010

WE WON! MALAYSIA BOLEH!

The AFF SUZUKI CUP is a biennial football competition organised by the ASEAN Football Federation and contested by the national teams of Southeast Asia. The 2010 AFF Cup, sponsored by Suzuki and officially named the 2010 AFF Suzuki Cup, are taking place on December 1–29, 2010. It was a great game marred only by the green laser incident. Bad supporters!!! So, when we won the match, they would blame it on the lasers. - Sorry No Hard Feeling. Good Match.

Monday, December 20, 2010

PBC Shoppe - 3rd Order Sabah Malaysia

Puan Ros dari Sabah order 2 bungkus sambal ikan bakar dan maklumbalas daripada Puan Ros. "Waalaikumusallam..Perencah Ok. Sedap sangat terutama sambal ikan bakar.. Dah simpan dalam peti ais.. TQ (sebelum ni Puan Ros ada beli asam pedas, soto)..

Saturday, December 11, 2010

Berjimat Sempena Kenaikan Gula, Petrol


Menikmati Hidangan di Kopitiam???

Tanpa Keluarga Di Sisi!

Kerana Agak Mahal????

Insyallah! Anda masih mampu berjimat dengan membeli perencah di sini disamping menikmati hidangan bersama-sama keluarga. Kalau makan di kedai pun sepinggan mee bandung hampir RM5. Fakta Sebenar! Kebanyakan hotel, Restoran Asam Pedas terkenal menggunakan pes segera yang boleh didapati dari Muar.

Friday, December 10, 2010

PBC Shoppe - Di Mana Sahaja!


Kami iklankan di merata-rata tempat secara online.

Ramai yang telah mendapatkan perencah di sini....

Tuesday, December 7, 2010

PBC Shoppe - Sambal Tumis Kering

Bahan-bahan:

  1. Segengam/1 senduk besar ikan bilis kering - dicuci dan ditos
  2. 7 sudu besar pes sambal ikan bakar mak pon
  3. 3 ulas bawang putih - mayang
  4. 1 bawang besar - mayang
  5. 1 sudu kecil pes asam jawa (dicampur dengan sedikit air)
  6. 1/2 sudu kecil garam
  7. 4 sudu besar gula pasir
  8. Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Dalam periuk sederhana, tuang sedikit minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat.
  2. Dalam kuali dan minyak tadi, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes lada giling, tumis sehingga garing. Ingat, kena sampai garing ye, kalau tak sambal anda tidak sedap, dan cepat basi. Garing, bukan hangus!
  4. Apabila sambal telah garing, cepat-cepat tambah air asam jawa, gula, dan garam. Dengan kehadiran gula, warna sambal akan serta merta bertukar gelap. Jangan panik :)
  5. Dah sebati? Masukkan semula ikan bilis goreng tadi. Gaul sehingga mesra.

PBC Shoppe - Nasi Lemak Muar

Gambar Sementara Sekadar Hiasan


Nasi Lemak

Bahan-bahan:
  1. 2 cawan beras
  2. 2 helai daun pandan -dicuci bersih, simpul
  3. 1/2 kotak santan kelapa
  4. Sedikit hirisan halia (saiz 1/2 ibu jari je taw) dan bawang merah

Cara-cara:

  1. Mula-mula cuci beras macam biasa.
  2. Masukkan 1/2 kotak santan kelapa, pastu tambah air ikut sukatan beras macam biasa :)
  3. Tambah hirisan halia dan bawang merah, serta daun pandan yang sudah disimpul.
  4. Masak atas api sederhana, atau dalam periuk elektrik, jangan tutup sepanjang nasi sedang masak tu, kacau la sekali sekala supaya santan sebati (tak naik).
  5. Bila nasi dah mula masak, kacau buat kali terakhir sebelum tutup dengan penutup periuk.
    Hmm.. Tunggu sampai masak dan boleh hidangkan.

PBC Shoppe - Sambal Tumis Muar

Gambar Sementara Sekadar Hiasan

Assalamualaikum Wrt. Wbt

Hari ini nak kongsi resipi sambal tumis Muar ramai yang tidak tau cara memasak sambal tumis style muar.. Kelebihan sambal tumis ni.. tidak berbau selagi tidak letak belacan.... Jadi resipi ni mudah je untuk masak sambal tumis yang mengancam la kira nyer...

Bahan-bahan:

  1. Ikan Bilis
  2. Pes Sambal Ikan Bakar Mak Pon Muar (Ganti Bahan Blender ie Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia)

Penambah Rasa:

  1. Asam Keping - 1 keping
  2. Air Asam Jawa - secukup rasa
  3. Gula - secukup rasa
  4. Garam - secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing..Angkat ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan pes sambal ikan bakar ke dalam minyak tadi dan tumiskan sehingga naik minyak.
  3. Tambahkan bahan penambah rasa.. asam keping, air asam jawa, gula dan garam... Rasa dan tambahkan apa2 yang kurang mengikut selera sendiri dan boleh juga tambahkan bawang besar yang dihiris, ke dalam sambal tumis tadi.

Note:

Kalau suka.. boleh tambahkan belacan... tp ada bau belacan. Ikan bilis juga boleh di gantikan dengan kerang, ikan tenggiri, udang, sotong atau ayam... Sangat sesuai dimakan dengan nasi lemak. Mengancam!

Terima Kasih...

Sunday, December 5, 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis Mak Pon Muar

Gambar Sementara Sekadar Hiasan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Saudara Helmi daripada Taman Bandar Senawang berkongsi pengalaman menyediakan sambal tumis ikan bilis dengan menggunakan lebihan sambal ikan bakar...Memang Sedap. TQ," Juga sesuai untuk dijadikan sambal tumis nasi lemak. Selain itu Saudari Mazlina pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan menggunakan sambal ikan bakar ini untuk membuat mee goreng udang dan juga sos topping pizza. Nampaknya sambal ikan bakar ini sesuai untuk semua jenis masakan mengikut kreativiti masing-masing. Sodap.

Friday, December 3, 2010

PBC Shoppe - Second Order Sabah


Baru-baru ini saya menerima satu lagi tempahan perencah/rempah daripada Sabah. Saya teramat exited kerana ini adalah tempahan kedua kami dari negeri di bawah Bayu yang berjaya memandangkan kadar pos tinggi dan bergantung pada jumlah berat…

“Salam. Saya saya nak order 2 rempah asam pedas, 1sambal ikan bakar & 1 rempah bariani250gm. Terima Kasih.” D.K Ros Rita A.G Talip Kementerian Kewangan Wisma Kewangan, 88593, Kota Kinabalu Sabah. Berat bersamaan 1.84kg atau 1840g total kos RM19 + 25% = RM23.95. Terima Kasih Puan Ros.