Monday, February 28, 2011

PBC Shoppe - Harga Pos Terbaru

Peristiwa di SKYNET JALAN PUDU memberi pengajaran kepada saya untuk lebih cekal dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan halangan. Kadang2 bila berurusan dengan orang memang memeningkan tambah lagi kalau masa tu diorang bad mood.. Yang jadi mangsa pelanggan. Malam tadi saya research courier mana yang terbaik untuk perniagaan kami. Dan saya membuat keputusan muktamad menggunakan servis mana. Bagi Semenanjung Malaysia GDEX. Sabah & Sarawak POS MALAYSIA. Saya berharap kedua-dua perkhidmatan ini menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Kerana tanpa pelanggan fikir-fikirkanlah.

PBC Shoppe - Skynet Pudu Reject Parcel




SKYNET JALAN PUDU - Reject parcel saya dengan alasan makanan tidak diterima. Untuk makluman saudara-saudari. Saya telah banyak kali menghantar tempahan pos sama ada menggunakan SKYNET atau POSLAJU. Saya bertanggungjawab untuk menjaga kualiti bungkusan saya supaya pelanggan berpuas hati. Bagi mereka yang meminta menggunakan perkhidmatan pos saya akan seal semula perencah dengan plastik supaya tidak pecah. Pada hari ini jawapan SKYNET JALAN PUDU adalah tidak masuk akal. Saya tidak tahu sama ada kenyataan boss dia berdasarkan tidak puas hati atau pilih bulu. Mohon penjelasan SKYNET HQ. Kepada kawan-kawan yang senasib dengan saya. Harap berkongsi sama ada sms atau call supaya kita dapat bersama membincangkan masalah ini dan memperbaiki kelemahan diri kita.

Sunday, February 27, 2011

PBC Shoppe - Pembeli Setia Sabah Arisa

Bungkusan Perlu Di Bungkus Rapi.
Perencah Yang Akan Dihantar Besok.

Hari ini saya menerima satu lagi tempahan perencah/rempah daripada pembeli setia dari Sabah. Saya amat exited kerana ini adalah tempahan ke-6 kami dari negeri di bawah Bayu yang berjaya memandangkan kadar pos tinggi dan bergantung pada jumlah berat…

“Assalamualaikum. Saya Arisa dari Sabah. Saya nak order 5 bungkus perencah soto...Bayaran termasuk kos pos ke Sabah.” Arisa Ahmad IPD, Ranau Sabah. Berat bersamaan 1.25kg atau 1250g total kos RM20. Total RM55. Terima Kasih Cik Arisa.
Perencah Sambal Ikan Mak Pon Muar tu pula untuk order daripada Cik Sherda Rusland. Jabatan Perhubungan Awam, PPUKM. Terima Kasih Tidak Terhingga Kepada Semua.

PBC Shoppe - Makaroni Sambal Ikan Mak Pon

Semalam Sabtu - 27 Feb 2011. Isteri masak makaroni gunakan sambal ikan Mak Pon Muar. Tak sangka memang sedap. Rasa nak masak lagi. * Gunakan makaroni yang berjenama terdapat di Pasaraya. Kalau beli timbang tidak dijamin rasa dan khasiat kerana makaroni sebenar mempunyai protein tinggi. "Saudara Helmi daripada Taman Bandar Senawang berkongsi pengalaman menyediakan sambal tumis ikan bilis dengan menggunakan lebihan sambal ikan bakar...Memang Sedap. TQ," Juga sesuai untuk dijadikan sambal tumis nasi lemak. Selain itu Saudari Mazlina pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan menggunakan sambal ikan bakar ini untuk membuat mee goreng udang dan juga sos topping pizza. Nampaknya sambal ikan bakar ini sesuai untuk semua jenis masakan mengikut kreativiti masing-masing. Sodap.

Friday, February 25, 2011

PBC Shoppe - Order Rempah Online


TOTAL 2 hr 47 mins Highway Utara – Selatan 198 km

A – From Muar town, Johor
B – To Senawang 122 km – about 1 hour 44 mins
C – To Kuala Lumpur 75.3 km – about 1 hour 3 mins

ANDA TIDAK PERLU!

  1. Bayar tol
  2. Cari parking
  3. Isi petrol

ANDA HANYA PERLU!

  1. Tekan button order/sms.
  2. Order rempah seberapa byk yg anda mahu
  3. Selesaikan bayaran.
  4. Kami pos untuk anda selepas pembayaran disahkan.

MENGAPA PILIH KAMI! (Warga Lembah Kelang - N9)

  1. Kami tak minta anda bayar cukai gomen.
  2. Kami tak charge untuk kos tol 198km.
  3. Kami tak charge untuk kos petrol 198km.
  4. Kami tak charge untuk sewa premis mahal.
  5. Kami tak charge untuk pengiklanan mahal.

Sangat senang, mudah, pantas, yang penting Perencah Mee Bandung Muar dll yg TERBAIK sampai depan pintu rumah !!! Order hari ini, esok anda boleh makan mee bandung atau soto atau mana-mana hidangan bersama keluarga atau sambil chatting di facebook, baca email, dan baca gossip artis depan pc. Hidangan Lazat Dengan Harga Berpatutan.

Tuesday, February 22, 2011

PBC Shoppe - Penghantaran Rempah Raider


Baru balik hantar perencah kat Taman Seri Bahtera Cheras masa nak OTW balik Senawang. Masa ni motor penuh dengan barang Tupperware dan Starter-Kit Tupperware. Kepada yang nak ambil sendiri ..Boleh datang ke Rumah (Area Senawang). Area KL pula jumpa di Stesen LRT Bandaraya (Sogo)(Free Delivery). SMS lebih awal sebelum order/datang! BUAT PARA PENGUNJUNG YANG BERKENAN DGN REMPAH DI SINI. TIDAK PERLU WAS-WAS UTK MEMBELI SECARA ONLINE KERANA 60% REMPAH YANG TERJUAL ADALAH SECARA ONLINE...HARAP MAKLUM Kami amat menggalakkan anda memilih COD (Cash on Delivery) sekiranya anda berada di sekitar KL-Kajang-Seremban-Senawang-Kuala Pilah (Laluan LEKAS) bagi mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran. Kos bagi COD adalah percuma buat masa ini. Tempahan untuk COD mestilah melebihi 2 bungkus. Kos tambahan mungkin akan dikenakan sekiranya anda membuat tempahan kurang 2 bungkus. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

PBC Shoppe - Jom Singgah Makan

MEE BANDUNG TG GADING MUAR

BUAT SENDIRI ALA-ALA WESTERN

PBC Shoppe - Asam Pedas Mak Pon Muar

Perencah Asam pedas Mak Pon Muar semakin hari semakin lazat..Ada style Melaka sikit. Pek stok sebelum raya dan selepas raya ni semakin mengancam. Perencah Asam Pedas ni berbentuk pes tapi lebih cair dan agak berminyak . Kalau setakat nak buat ikan seekor sahaja .. Tumiskan bawang tumbuk @ bawang hiris (bwg merah 2 - 3 ulas..bwg putih seulas). Tumiskan Perencah Asam Pedas Mak Pon. Pakai 1 1/2 - 2 sudu jer. Masukkan ikan, masukkan air, dah siap ..... Rasa ler Asam Pedasnya ... Dalam perencah dah siap semua ramuan. p/s - Boleh tambah daun limau purut & serai ketuk kalau suka.

Sunday, February 20, 2011

PBC Shoppe - Order Karak Puan Ruzni


Puan Ruzni Bt Zubir dari Taman Seri Bahtera, Cheras. Order 1 bungkus mee rebus, 1 bungkus mee bandung, 1 bungkus soto dan 1 sambal ikan bakar. Terpaksa pos ke Taman Hijau Karak. Beliau nak buka warung makan. Kami mendoakan kejayaan Puan Ruzni dalam usaha beliau. Teruskan membeli dengan kami kerana kami menawarkan harga yang berpatutan. Kami juga telah menambah baik pembungkusan untuk penghantaran pos supaya bungkusan tidak pecah. Harap Maklum. Terima Kasih.

Friday, February 18, 2011

PBC Shoppe - Siakap Si Ikan Bakar


Sempena Cuti Maulidur Rasul pada hari Selasa 15 Feb 2011. Kawan Isteri Leha, Baby Leha & Nik datang rumah. Saya dan isteri menyediakan hidangan istimewa untuk mereka berdua. Lepas tu Nik nak order sambal ikan nak cuba di rumah katanya. Hehehhe. Alhamdulillah kenyang.

Sunday, February 13, 2011

PBC Shoppe - As Seen On TV3

Sedutan Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Yang Ditayangkan di TV3 pada 13 Febuari 2011. Menampilkan perencah Mee Bandung Mak Pon Muar.

PBC Shoppe - Perencah Mee Bandung Mak Pon

Mee Bandung Mak Pon Muar dalam JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3

PBC Shoppe - Kenapa Pilih Kami?


Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1 Malaysia.

Blog Kedai Rempah Online memperkenalkan konsep pembelian perencah-perencah melalui internet (online).Kami telah berniaga perencah sudah hampir 3 tahun. Dan ini merupakan tahun ketiga kami menjalankan pemasaran di dalam internet.

Untuk makluman, kesemua perencah-perencah dijual dengan harga berpatutan setelah didarab, dibahagi, ditambah, ditolak dengan kos-kos yang lain. Kami berharap agar pembeli tidak membandingkan harga kami dengan perencah-perencah yang berada di pasaran. Rasa dahulu, baru tahu. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta kan?

Kami meringkaskan hasil kerja kami di blog ini untuk memudahkan anda membeli di sini. Sehingga itu, selamat membeli-belah di blog kami. Blog ini akan sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa.

Terima Kasih.

Boss PBC Shoppe

Saturday, February 12, 2011

Friday, February 11, 2011

PBC Shoppe - Kiah Pekasam Icon IKS

Kiah Pekasam membentuk Icon IKS Dalam Perniagaan.
Kiah Pekasam membentuk Icon IKS Dalam Perniagaan - Pakat pakat duk jengok, pakat pakat mai tengok Kami ada cherita, susah dah berjaya Kami pakat usaha, semua jadi kaya Kiah..kiah..kiah pekasam 2x Alah kiah nak pi mana Alah kiah nak meniaga Alah kiah dah berjaya Satu kampung jadi bangga La..la..la..la..la.la Kampung sapa kampung kita.

PBC Shoppe - Order Johor Bahru


Daripada Puan Julita Taman Perling JB. Salam. Nak order sambal ikan bakar 3 paket, mee bandung 2 paket dan mee siput ada jual tak. Penghantaran dengan SKYNET bagi 2.66kg hanya RM10.10. Lebih jimat berbanding pos laju. Para pembeli boleh membuat pilihan sama ada menggunakan perkhidmatan pos laju atau SKYNET. Kod Puan Julita 20155900731-1


Baru-baru ini saya ada juga menggunakan perkhidmatan SKYNET untuk Hanif Bin Halim dari Kg Rawai Bukit Payung Kuala Terengganu. Memang berbaloi sebab murah dan cepat.

Wednesday, February 9, 2011

PBC Shoppe - 2nd Order From Arisa

Terima Kasih Cik Arisa "Salam saya arisa dari sabah nak order 4 bungkus perencah soto dan 1 bungkus sambal ikan bakar.. Berapa termasuk kos pos".

PBC Shoppe - Demam Bihun Soto Pulak

Hari ini Sarah dan Isteri demam.. Tak tahu nak masak apa.. Buka peti ais ada ayam.. Apa kata masak bihun soto pulak.. Serius sedap macam kat kedai makan. Kalau anda nak buat soto sebaiknya gunakan air rebusan daging atau pun ayam. Baru la sedap. Bila ayam direbuskan selepas itu ayam digoreng macam biasa supaya boleh dicarik. Kalau anda nak buat begedil kentang sebaik-baiknya digoreng terlebih dahulu supaya tidak lembik bila dilenyekkan.