Thursday, March 31, 2011

1. Sejarah rempah ratus dunia. 2. Kempen jimat dan kenaikan harga barang. 3.Yati ayam percik.

Sunday, March 27, 2011

PBC Shoppe - Buy Halal Rempah Online

Asia True Taste and Halal Food Store Made in Malaysia

Assalamualaikum wrt. wbt. kepada pengunjung dan pembeli. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjungi kedai rempah online maz & shaiful. Kami turut dikenali sebagai PBC Shoppe. Ramai yang telah membeli, dan ada diantara mereka yang telah menjadi pembeli setia kami. Sebagai peniaga kami juga menerima berbagai-bagai komen dan pandangan. Terima Kasih Banyak-Banyak.

Friday, March 25, 2011

PBC Shoppe - Order Cameron Highlands

Order AgroBank Cameron (Sharil Yahya) - 2 soto, 2 sambal ikan Order P.City Tg Malim (Normah Jusoh) 3 Soto, 2 Mee Bandung.Order Kota Bharu, Kelantan (Mohd Ariff) 2 Soto, 2 Mee Bandung.

Tuesday, March 22, 2011

PBC Shoppe - Order 21 Mac 2011


Order Anjung Selera 1, Jalan Labuan, Kem Sg besi 10 bungkus mee bandung. Order En Fauzan Wangsa Maju 10 bungkus soto, 10 mee rebus, 10 mee bandung. Kemudian dapat sms Encik Fauzan beliau minta tambah perencah untuk dibawa balik ke Sibu, Sarawak. Last call dapat 11 soto, 4 asam pedas, 6 mee bandung, dan 4 mee rebus. Terima Kasih Banyak-Banyak Kepada Pembeli.

Friday, March 18, 2011

PBC Shoppe - Medan Ikan Bakar Sabak Awor


MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR, MUAR...!!


Sewaktu balik ke Muar saya sekeluarga singgah ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar. Untuk pengetahuan pembaca semua Medan Ikan Bakar Sabak Awor ini, makanan dan harganya cukup istimewa....! Bukan saje orang Melayu malah kaum lain pun tak melepaskan peluang...!!Kalau datang Muar jika anda berkesempatan untuk singgah dan melihat dengan mata dan telinga sendiri lagi baik..Saya makan di Gerai No.10 WAK MAN IKAN BAKAR gerai favorite isteri. Dia yang rekomen masa mula-mula berpacaran dulu..hehehhe.


Wednesday, March 16, 2011

PBC Shoppe - Sms Lebih Awal Untuk Order

Assalamualaikum wrt wbt. Kepada pelanggan yang dihormati. Sila sms order sehari lebih awal berikutan stok cepat habis. First come first serve. Harap Maklum. TQVM.

Tuesday, March 15, 2011

PBC Shoppe - Bihun Sup KL RM5

Hari ini Singgah Makan Bihun Sup kat Jalan Dua, Chan Sow Lin...Ops gerai orang melayu Islam le. Semangkuk RM5 sahaja.
Sesiapa yang bercadang nak buat sendiri bihun sup atau soto bagi hidangan seisi keluarga boleh cuba SOTO MAK PON MUAR.. Hanya RM7 jeerrr.

PBC Shoppe - Citarasa Orang Kuala Lumpur



Trend orang KL yang suka sarapan dan makan malam di luar menyebabkan kos hidup meningkat. Untuk orang bujang tidak menjadi satu masalah. Setelah berkeluarga kos hidup semakin meningkat. Bayangkan satu keluarga yang mempunyai 3 orang anak. Sarapan sahaja dianggarkan RM5 seorang kadang-kadang tidak termasuk air. Kalau berlima sudah genap RM25-RM30. Jika setiap hari hampir RM1000. Tidak masuk perbelanjaan yang lain. Hidup di bandar besar memang menekan jika tidak pandai menguruskan sebaik mungkin.

CITARASA MALAYSIA - CITARASA MUAR - CITARASA KL
DAPATKAN HIDANGAN HEBAT PADA HARGA PATUT.

www.rempah2u.blogspot.com

PBC Shoppe - Begedil Kentang

Begedil Kentang

Saya ingin berkongsi resipi Begedil Kentang. Ada sedikit kelainan dari begedil kentang biasa.

Bahan-bahan:
  • 500 gm kentang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 /2 cawan bawang goreng
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 batang daun sup ~ di mayam halus
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaan:

  1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur.
  2. Bawang putih dan bawang merah dihiris kasar dan digoreng sehingga kekuningan. Kisar bawang sehingga hancur (guna pengisar kering).
  3. Satukan kentang, bawang yg telah dikisar, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa. Gaul rata.
  4. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.
  5. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.

Sunday, March 13, 2011

Saturday, March 12, 2011

PBC Shoppe - Harga Rendah Setiap Hari

Berjimat Cermat Tidak Salah. Warga KL sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Kuching, Jalan Sri Aman, Jalan Medan Tuanku, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang, Jalan Loke Yew dan kawasan berdekatan. Kini! Boleh dapatkan perencah-perencah di sini dengan harga yang berpatutan.Mengapa Bayar Lebih?? Jika kita mampu berjimat.

PBC Shoppe - Petua Berguna

Amalkan cara menggoreng dengan minyak yang sedikit untuk mengawal jumlah pengambilan lemak. We Recommend pan frying over deep frying for total fat intake management.

PBC Shoppe - Jalan-Jalan Cari Makan

Mee Bandung Mak Pon Muar dalam JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3

PBC Shoppe - Why Pay More?


TOTAL 2 hr 47 mins Highway Utara – Selatan 198 km

A – From Muar town, Johor
B – To Senawang 122 km – about 1 hour 44 mins
C – To Kuala Lumpur 75.3 km – about 1 hour 3 mins

ANDA TIDAK PERLU!

  1. Bayar tol
  2. Cari parking
  3. Isi petrol

ANDA HANYA PERLU!

  1. Tekan button order/sms.
  2. Order rempah seberapa byk yg anda mahu
  3. Selesaikan bayaran.
  4. Kami pos untuk anda selepas pembayaran disahkan.

MENGAPA PILIH KAMI! (Warga Lembah Kelang - N9)

  1. Kami tak minta anda bayar cukai gomen.
  2. Kami tak charge untuk kos tol 198km.
  3. Kami tak charge untuk kos petrol 198km.
  4. Kami tak charge untuk sewa premis mahal.
  5. Kami tak charge untuk pengiklanan mahal.

Sangat senang, mudah, pantas, yang penting Perencah Mee Bandung Muar dll yg TERBAIK sampai depan pintu rumah !!! Order hari ini, esok anda boleh makan mee bandung atau soto atau mana-mana hidangan bersama keluarga atau sambil chatting di facebook, baca email, dan baca gossip artis depan pc. Hidangan Lazat Dengan Harga Berpatutan.

PBC Shoppe - 198KM


Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1 Malaysia.

Blog Kedai Rempah Online memperkenalkan konsep pembelian perencah-perencah melalui internet (online).Kami telah berniaga perencah sudah hampir 3 tahun. Dan ini merupakan tahun ketiga kami menjalankan pemasaran di dalam internet.

Untuk makluman, kesemua perencah-perencah dijual dengan harga berpatutan setelah didarab, dibahagi, ditambah, ditolak dengan kos-kos yang lain. Kami berharap agar pembeli tidak membandingkan harga kami dengan perencah-perencah yang berada di pasaran. Rasa dahulu, baru tahu. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta kan?

Kami meringkaskan hasil kerja kami di blog ini untuk memudahkan anda membeli di sini. Sehingga itu, selamat membeli-belah di blog kami. Blog ini akan sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa.

Terima Kasih.

Boss PBC Shoppe

Friday, March 11, 2011

PBC Shoppe - Tsunami Japan

Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

Berita terbaru! Jepun dilanda gempa bumi kuat! mengikut skala Ritcher, gegaran sekuat 8.9 melanda bahagian utara Jepun. Amaran tsunami setinggi 6 - 10 meter telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Jepun pada masa yang sama. Kami di PBC Shoppe meluahkan rasa takziah dan simpati terhadap JEPUN & KERAJAAN.


Monday, March 7, 2011

PBC Shoppe - Order Aizatul Arbayaah

2 Sambal Ikan, 2 Mee Bandung, 1 Mee Siput.
Order Cik Aizatul Arbayaah
Neocyber Biz Avenue 2,
Cyberjaya Selangor.
Terima Kasih.
--------------------------------------
COD En Fauzan Keramat.
2 Mee Bandung, 2 Asam Pedas, 2 Sambal Ikan, 2 Mee Rebus.
Merancang untuk berniaga di Sibu, Sabah. Good Luck.

PBC Shoppe - Sajian Selera Pasti Tertambat



Semalam Ahad. Saya dan isteri menyediakan beberapa sajian istimewa sempena cuti hujung minggu. Diantaranya Ikan Cencaru Bakar Mak Pon Muar, Udang & Ayam Masam Manis, Kacang Buncis Tumis. Alhamdulillah Sedap. Yang Cepat, Yang Lazat, Selera Pasti Tertambat. Petua Berguna. Amalkan cara menggoreng dengan minyak yang sedikit untuk mengawal jumlah pengambilan lemak.

Friday, March 4, 2011

PBC Shoppe - Order NurulRodziah UniKL BMI

Cik NurulRodziah Order 3 Bungkus Mee Bandung
UniKL BMI, Comm. Tech. Section
Jalan Sg Pusu, Gombak.
Terima Kasih.

Thursday, March 3, 2011

PBC Shoppe - Born In Senawang, N9 - KL

馬來西亞觀光局官方網站, 請點選下方按鈕,下載地圖, 檔或連結互動地圖:. 森美蘭州, Selamat Datang Kedai Rempah Online Maz & Shai, Pertama di Negeri Sembilan, Terkini 1 Malaysia, Dikenali 1 Negeri Sembilan, Kasi Gegar 1 Kuala Lumpur. Born in Senawang. From Kuala Lumpur to Senawang. Jalan Raja Laut, Kajang, Bangi dan banyak lagi. Jumpa kami setiap hari di KUALA LUMPUR - SENAWANG.

PBC Shoppe - SMS Maxis Bermasalah


Hari ini 3 Mac 2011. Hari ni dan semalam satu sms order pun tak dapat sehingga jam 9.43 malam ni. Seperti kebiasaan orang akan sms order... Dalam hati saya terus berdoa dan pasrah dah tak ada rezeki hari ini. Esok-esok ada la tu..Malam ni pulak msg yang pending dari semalam masuk tak henti-henti. Alhamdulillah ada juga rezeki saya dan keluarga. Tazkirah semalam yang saya post kat bawah tu amat bererti untuk kita renung bersama. Wallahualam.

Wednesday, March 2, 2011

PBC Shoppe - Tazkirah

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.