Wednesday, October 26, 2011

Sajian Aiskrim KL - N9 - Melaka

Adakan kelainan di Majlis Kenduri Kahwin anda! Hubungi kami untuk menjual aiskrim di Majlis Kenduri Anda atau apa sahaja program yang bersesuaian.. Kami sedia menerima tempahan. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh terus melayari blog kami. http://www.aiskrimbiz.blogspot.com 0129789529 - Shaiful. TQ

Tuesday, October 18, 2011

Sambal Ikan Mak Pon di Saujana Impian








Warga Setia Taman Saujana Impian Setia Kajang telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada 28 September 2011 bagi mengeratkan lagi hubungan muhibbah dan silaturahim bersama jiran tetangga. Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh mereka bertujuan meraikan orang ramai termasuk anak-anak yatim untuk bersama-sama meraikan Majlis Rumah Terbuka ini. Anak-anak yatim yang hadir ini telah diberikan duit raya sebagai sumbangan meringankan beban mereka sempena bulan syawal ini. Minuman dan makanan diuruskan dengan kerjasama jiran tetangga dari pelbagai latarbelakang pekerjaan dan telah memeriahkan lagi Rumah Terbuka ini. Salah satu juadah yang paling istimewa ialah Makanan Laut seperti Sotong, Udang, Ikan yang dimasak/dibakar di atas kuali menggunakan Sambal Ikan Bakar Mak Pon..Tahniah kepada warga setia saujana impian kajang.

"Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)".

Saturday, October 8, 2011

Soto Rumah Terbuka Pejabat










Rumah Terbuka Hari Raya Unit Reprografi, DBKL yang diadakan pada 15 September 2011. Ramai yang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Berbagai juadah istimewa turut disediakan salah satunya ialah Soto Mak Pon Muar.

Thursday, October 6, 2011

Ikan Bakar Serkam Vs Mee Bandung Muar


Style Ikan Bakar Serkam, Sambal??
Masa masak mee bandung kat Muar
Untuk Hidangan Terbaik Yang Luar Dari Biasa!!!
Gunakan Rempah Segera Keluaran Mak Pon

+60129789529