Muar turut dikenali kerana makanannya. Makanan tempatan yang paling dikenali ialah Otak-otak,dodolmaharani dan Mee Bandung Muar. Muar juga terkenal sebagai salah satu tempat di mana sate dihidangkan sebagai sarapan pagi. Di bertentangan Maktab Rendah Sains Muar, Bakri, terdapat sebuah gerai menjual Sate yang paling murah, setiap cucuk hanya dijual RM0.25 sahaja. Terdapat juga lokasi lain menjual sate pada harga yang murah seperti di hadapan hentian Bas Ekspress Maharani Muar di Jalan Salleh. Pengunjung pasti akan terpesona dengan panorama Muar diwaktu pagi sambil menjamu selera dan mendengar kicauan burung layang-layang.
Mengunjungi sebahagian restoran dan kedai kopi di Muar akan mengembalikan nostalgia 60-an dan 70-an kerana persekitarannya dan makanan/minuman yang dihidangkan tidak berubah semenjak masa lampau tersebut. Kopi yang dihidangkan di restoran tersebut mempunyai rasanya yang tersendiri.
Kopi 434 merupakan kopi istimewa yang sering menjadi buah tangan saudara-mara dari luar Muar yang mengunjungi keluarga di Muar. Kopi ini tidak perlu ditapis kerana habuk kopi akan tenggelam dengan sendirinya selepas 5 minit. Ia menjadi hebat jika dibuat dengan pekat untuk rasa yang lebih ‘kaw’!
Sabak Awor yang terletak berhampiran Jambatan Ke-2 Muar walaupun terletak di kawasan yang terpencil di tebing Sungai Muar ia tetap dikunjungi kerana makanan laut yang terdapat di situ sedap dan murah.
Mee Bandung boleh di dapati di:
1) Parit Bunga – sebuah kampung yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Maharani.
2) Kg.Kenangan Tun Syed Nasir Tg. Agas – di tepi parit jalan masuk pasar malam taman itu.
3) Arked Mara di Jalan Maharani.
Selain itu juga,buah-buahan tempatan seperti durian, duku, langsat, manggis dan bermacam lagi juga boleh didapati di sepanjang jalan dari Bandar Maharani ke Tangkak terutama di sepanjang Kampung Parit Bunga.
No comments:
Post a Comment