Pengedar Mak Pon Muar KL - Seremban. Hampir 10 Ribu Bungkus Terjual Semenjak 2009
Perencah Direct Dari Kilang Muar
Kedai Online Sejak 2009
Mee Bandung Muar Johor (M)
Syarat-Syarat Pos @ COD
Monday, January 31, 2011
PBC Shoppe - 88, 囍, 喜, 發,發財
Sunday, January 30, 2011
PBC Shoppe - 恭喜发财,万事如意,主里蒙恩
Friday, January 28, 2011
Wednesday, January 26, 2011
PBC Shoppe - Mee Siput Muar Online
Makan mee siput ni memang suka "repeat". Waktu kecik dulu selalu colek dengan kuah cili macam sos keropok lekor. Sekarang suka makan dengan kicap cili pula. Sekali dah makan memang tak boleh berhenti mengunyah. Lebih kurang makan Mister Potato pulak.
Dengar nama aje memang lawak gila? Ada ke Siput.. Letak le Ramlah Ram ke Kriss Dayanti ke.. Bentuk macam maruku, bulat-bulat makan dengan sambal pulak tu. Pelik! Mana ada maruku makan dengan sambal. Tapi, sedap. Belum cuba belum tahu. Hehehe.
Mee Siput Muar Hajah Azizah (di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Muar) diperbuat daripada campuran tepung gandum, tepung sagu, garam dan pewarna yang dibenarkan. Diuli sehingga jadi mcm mee kuning tu…Kemudian mee tadi dipintal menjadi seperti sanggul atau cengkerang siput… Mee ni tadi di jemur di bawah panas terik matahari. Dah cukup kering baru la boleh digoreng…
Mee Siput yang di goreng ni, sedap makan begitu saja atau sesiapa yang suka pedas, boleh makan dengan sambal tumis, sambal kicap atau asam pedas. Menyelerakan sungguh.
Serius saya katakan, makan mee siput tanpa sambal ibarat makan nasi tak berlauk…tak kick…Sambal la penyedap mee siput ni…curah ikut selera, baru best…
Sesiapa yang ingin merasa mee siput ni, sukacita di beritahu, tempahan mee siput di buka sepanjang masa. Kami beroperasi secara online dan offline. Penghantaran mee siput menggunakan Skynet atau Poslaju. Silalah order sekarang. InsyaAllah Mee Siput yang anda terima adalah dalam keadaan baik walaupun mungkin terdapat sedikit pecah (bergantung kpd pengendalian oleh staff penghantaran).
Saturday, January 22, 2011
PBC SHOPPE - TQ Pelanggan SeMalaysia
PBC Shoppe - Senarai Harga Produk
MAK PON Rendang (250 gram) RM7.00
MAK PON Sambal Ikan Bakar (600gram) RM7.00
MAK PON Asam Pedas(450gram) RM7.00
MAK PON Mee Rebus (400 gram) RM7.00
MAK PON Soto (250gram) RM7.00
MAK PON Mee Bandung Power (400 gram) RM11.00
MAK PON Kuah Rojak (Bekas) 4.00
Perencah Nasi Bariani Maharani(100Gram) - RM5.00
Perencah Bariani Maharani (250Gram) - RM7.00
Perencah Ayam Tandoori Amal - RM4.00
Dapatkan Segera!
MEE SIPUT MUAR
Perusahaan Bumiputera halal lagi menyelerakan setiap pek mengandungi 20 keping mee siput yang ranggup apabila digoreng. Enak dimakan begitu sahaja maupun dengan sambal tumis atau sambal kicap. Rasa sekali pasti nak lagi. lokasi sekarang di Jalan Raja Laut, KL - Taman Bandar Senawang, N9. Penghantaran Pos ditanggung oleh pembeli.
- 1 pek = RM5
- 2 pek = RM10
- 3 pek = RM15
Hubungi SHAIFUL (012-9789529)
Friday, January 21, 2011
PBC Shoppe - Sambal Lokan N Kupang
Saya cukup suka kerana makanan kegemaran saya ade dekat dengan kediaman rumah mak mertua. Nak tau ape dia? Haa kalau sesiapa dok Kelantan masa kecik2 dulu mesti tahu??. Entah ape nak disebutkan ketul ke seekor...Kat kelantan pun susah jugak nak dapat walaupun mengidam pun rasanya tak dapat makan kottt...Tapi kat Muar, sebelum jambatan dekat Parit Bunga hari-hari ada, melambak sangat. Laris betul jualan kupang ini.
Hari ni kebetulan rumah mak mertua buat kenduri. Jadi adik ipar pergi beli kat gerai kupang tu lah. Apalagi dia beli lahhh...Murah rupanya harga dia. 3 kg baru RM10.00. Dia beli 9 kg. Cukuplah untuk 20 orang makan. Tak sangka pulak bila tengok makanan kegemaran ada depan mata. Apa Orang Kelantan panggil dia lokan. Bila ditanya tuan punya gerai ape nama dia, dia cakap tak tahu. Jadi sekali harunglah dia panggil kupang... Hentam sajalah labu.
Thursday, January 20, 2011
PBC Shoppe - 1001 Matlamat Dan Objektif
Kami berharap dapat membantu anda menjadi tukang masak yang tidak lagi mempunyai masalah memikirkan mahu masak apa hari ini bila ada tetamu datang? Nah semuanya telah tersedia di depan mata.
Perencah ini merupakan produk segera untuk menyediakan hidangan dengan belanja yang rendah. Terserahlah kepada anda menyesuaikan masakan dengan menambah dan mengurangkan mana-mana yang dirasa patut untuk melazatkan lagi hidangan yang ada.
Jika anda menyukai perencah ini, menggembirakan seisi rumah, sahabat, saudara mara dengan hidangan yang membuka selera, saya turut gembira. Sesungguhnya saya mengajak anda untuk berjimat cermat dengan mengajak keluarga dan saudara mara makan di rumah.
Setelah makan, ramai yang memuji kelazatan masakan. Kebijaksanaan isteri memasak merapatkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri. Bijak Berbelanja dan bijak memilih. Selamat Mencuba! Renung-renungkan.
Wednesday, January 19, 2011
PBC Shoppe - Kisah Anak Perantau
Monday, January 17, 2011
Saturday, January 15, 2011
PBC Shoppe - Jom Jimat
Hari ini saya nak share satu tips yang simple bagaimana kita boleh berjimat tanpa menjadi kedekut. Kurangkan makan di luar. Cubalah masak dan makan di rumah bersama keluarga. Perbezaan terlalu besar di antara masak sendiri dan makan di kedai. Kita juga dapat meluangkan masa bersama keluarga.Kalau waktu bekerja pulak, boleh la bawak bekal makanan yang dah dimasak kat rumah. Oh ya, jangan pula jadi kedekut sehingga tidak mahu langsung makan makanan sedap-sedap dan sanggup ikat perut. Ingat, berjimat dengan tidak membazir. Bukan Kedekut.
PBC Shoppe - Kempen Jimat Cermat
Insyallah! Anda masih mampu berjimat dengan membeli perencah di sini disamping menikmati hidangan bersama-sama keluarga. Kalau makan di kedai pun sepinggan mee bandung hampir RM5. Fakta Sebenar! Kebanyakan hotel, Restoran Asam Pedas terkenal menggunakan pes segera yang boleh didapati dari Muar. Mengapa bayar lebih untuk hidangan yang sama.
PBC Shoppe - Betul. Betul Sedap
- Cari kawan yang balik Muar, kirim beli perencah
- Cari rempah-ratus masak sendiri.
- Cari resepi di internet, majalah, atau Tanya mak.
- Bayar tol
- Cari parking
- Isi petrol
Anda Hanya Perlu
- Tekan button order
- Order perencah seberapa byk yg anda mahu
- Selesaikan bayaran
- Kami pos untuk anda selepas pembayaran disahkan
- Sangat senang, mudah, pantas, yang penting perencah sampai depan pintu rumah !!!Order hari ini, esok anda boleh makan sambil chatting di facebook, baca email, dan baca gossip artis depan pc. Nyum.Nyum. Beli-belah lebih mudah di alam maya.
Monday, January 10, 2011
PBC Shoppe - Kempen Berjimat Cermat
PBC Shoppe - Cara Nak Bakar Ikan Bakar
- Sediakan kuali leper, letak daun pisang di dalam kuali leper tadi.
- Siram sambal ikan tadi di atas ikan yg hendak dibakar (simpan baki sambal ikan utk ikan yg telah siap dibakar), dan balut dengan daun mengkudu.
- Kemudian letak di dalam kuali leper tadi dan tutup kuali dgn penutup kuali.
- Bakar dgn api perlahan sehingga masak.
- Bila ikan bakar setengah masak, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yg separuh masak.
- Tunggu hingga betul-betul masak. Jangan hitam.
Sunday, January 2, 2011
Mee Bandung - Hidangan 24 Jam
- Rebus daging bg empuk....ikut suka la nak byk mana daging tu...air rebusan daging tu jgn dibuang.
- Tumis rempah (minyak sikit je)...pastu kalau nak masukkan udang, time ni masukkan la....bila udang dah nampak merah...tuang air rebusab daging bersama daging tu tadi...
- Masukkan tauhu yg dah dipotong2...rasalah...kalau kurang masin tambah la garam....
- Bila dah mendidih, masukkan plak sawi ngan tomato potong dadu atau potong 4
- Sblm angkat, pecahkan telur berapa bijik yg korang suka la....jgn godak...biarkan sampi telur tu masak....seketul-seketul...
- Nak makan, tuangkan kuah mee bandung atas mee....tabur bawang goreng sket....fuh......yummy!!!!
p/s: sebungkus ni boleh makan 5-6 org, ataupun 7-8 org...dependsla gaya makan masing2. anggaran air, dlm 7 gelas....kalau terlebih air (kuah kurang pekat), ambik biskut marie yg original tu....ramas2 bg hancur....tabur je dlm kuah time mendidih tu.....
Saturday, January 1, 2011
PBC Shoppe - Aneka Perencah Malaysia
Orang Malaysia amat menggemari dan menghargai jenis-jenis makanan mereka yang berbagai-bagai jenis dan rasa. Setiap negeri di Malaysia mempunyai sajian makanan yang unik untuk dinikmati.
Negeri Melaka menawarkan sajian Baba Nyonya di kafe menarik yang lazimnya terletak di bangunan kedai lama yang bersejarah. Kelantan yang merupakan pusat kebudayaan Melayu turut menyajikan hidangan Melayu eksotik yang beraneka perisa dan warna. Muar terkenal dengan mee bandung, rojak petis dll lagi. Pilihan makanan beraneka jenis yang terdapat di sini telah dikenali di seluruh dunia sebagai Makanan Malaysia.
PBC Shoppe - Sambal Ikan Bakar
Nota : Boleh juga digunakan siakap, ikan bawal hitam atau ikan kembung. Jika suka makanan laut seperti udang dan sotong juga boleh digunakan.
1Malaysia - Senawang, Kuala Lumpur, Seremban
1 Malaysia - Senawang -
Seremban - K.Lumpur
Senawang Ke Kuala Lumpur Ke Seremban (SKS)
Jualan Murah Setiap Masa.
Salam Syawal 1431 Hijrah
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin
Salam sejahtera kepada penggemar Perencah dan semua pengunjung blog ini. Pada
13/8/2010 semua harga rempah diseralaskan RM7
disebabkan sedikit kenaikan daripada pihak pengeluar. Jangan khuatir kerana saya
masih menjual rempah ini pada harga berpatutan
dibandingkan tempat lain. Saya lebih mementingkan kualiti produk yang dijual dan
kepuasan pelanggan yang dihormati. Saya syorkan
Rempah Mak Pon Muar & Kuih Bangkit Tradisional Tapah Road.
Penghantaran pos Perencah Mak Pon
ni adalah dalam bentuk pes (basah)Kebiasaannya perencah dihantar kepada pembeli
menggunakan pos laju Kami amat menggalakkan anda memilih COD (Cash on Delivery)
sekiranya anda berada di sekitar KL-Kajang-Seremban-Senawang-Kuala Pilah (Laluan
LEKAS) bagi mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran.
Kos bagi COD adalah percuma buat
masa ini. Tempahan untuk COD mestilah melebihi 2 bungkus. Kos tambahan mungkin
akan dikenakan sekiranya anda membuat tempahan kurang 2 bungkus. Hubungi saya
untuk maklumat lanjut Simpan Perencah tahan lama sekiranya disimpan di peti
sejukbeku ... boleh tahan sehingga lebih setahun
Kedai Rempah Online
Welcome to Kedai Rempah Online Maz & Shai
The Malaysian Traveller's Store. Kedai Rempah Online Maz & Shai is managed by Mazlinda & Shaiful and of course specializing in Malaysian cultures especially with local food (Muar). We are making an up-to-date research of the need of Malaysian in foreign countries to serve for your needs. " This is a Malaysian retail store that aims to provide the best virtual shopping experience with the rich selection of Malaysian taste."We are committed to bring you as many Malaysian flavors at the click of your mouse. If you require any item which are not in the list here, please email us, will try our best to locate them for you. All efforts will be made to meet the demands of our customers and to exceed our customers ’expectations. Feel free to contact us HERE .