Saya cukup suka kerana makanan kegemaran saya ade dekat dengan kediaman rumah mak mertua. Nak tau ape dia? Haa kalau sesiapa dok Kelantan masa kecik2 dulu mesti tahu??. Entah ape nak disebutkan ketul ke seekor...Kat kelantan pun susah jugak nak dapat walaupun mengidam pun rasanya tak dapat makan kottt...Tapi kat Muar, sebelum jambatan dekat Parit Bunga hari-hari ada, melambak sangat. Laris betul jualan kupang ini.
Hari ni kebetulan rumah mak mertua buat kenduri. Jadi adik ipar pergi beli kat gerai kupang tu lah. Apalagi dia beli lahhh...Murah rupanya harga dia. 3 kg baru RM10.00. Dia beli 9 kg. Cukuplah untuk 20 orang makan. Tak sangka pulak bila tengok makanan kegemaran ada depan mata. Apa Orang Kelantan panggil dia lokan. Bila ditanya tuan punya gerai ape nama dia, dia cakap tak tahu. Jadi sekali harunglah dia panggil kupang... Hentam sajalah labu.
No comments:
Post a Comment