Pengedar Mak Pon Muar KL - Seremban. Hampir 10 Ribu Bungkus Terjual Semenjak 2009
Perencah Direct Dari Kilang Muar
Kedai Online Sejak 2009
Mee Bandung Muar Johor (M)
Syarat-Syarat Pos @ COD
Saturday, March 12, 2011
Monday, November 8, 2010
Kesilapan Semasa Proses Penyediaan Makanan

Makanan dan Minuman
Penyediaan Makanan
Alatan yang digunakan bersih dan mengasingkan peralatan untuk mengendalikan makanan masak dan makanan mentah. Makanan mesti dimasak secukupnya dan dimasak di tempat yang bersih, tinggi dan kalis air.
Penyimpanan Makanan
- Makanan masak dan makanan mentah perlu diasingkan tempat penyimpanannya.
- Simpan makanan di tempat dan suhu yang selamat.Makanan yang hendak disediakan perlu dinyahbekukan secukupnya sebelum dimasak.
- Elakkan makanan disimpan di antara suhu 10oC – 60oC.
- Makanan hendaklah disimpan pada suhu dibawah 4oC dan melebihi 60oC.
- Jangan simpan makanan yang telah dimasak 4 jam pada suhu bilik.
Simpanan Sejuk
- Asingkan penyimpanan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak pada ruang yang berbeza. Ruang di bahagian atas adalah untuk makanan yang telah dimasak dan ruang dibahagian bawah untuk makanan yang belum dimasak.
- Makanan mentah dan makanan masak perlu disimpan di dalam bekas tertutup rapat.
- Makanan mentah yang menitis perlu diletakkan dibahagian bawah dengan bekas yang sesuai.
Simpanan Sejuk Beku
- Ikan dan daging hendaklah disimpan dalam ruang beku secepat mungkin.
- Simpanan perlu dilakukan dalam bahagian-bahagian yang kecil.
- Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah dinyah sejuk beku.
- Penyimpanan makanan untuk disejukbeku mestilah di dalam bekas yang tidak telap wap air untuk mengelakkan kekeringan.
- Makanan mentah hendaklah dicuci dengan sempurna sebelum di simpan.
Simpanan Kering
- Bahan kering seperti rempah, beras dan tepung perlu disimpan di tempat yang kering.
- Simpanan mestilah tinggi daripada aras lantai dan jauhkan daripada dinding dan paip.
- Jangan menyimpan makanan kering di dalam bekas bahan kimia.
- Ruang penyimpanan mestilah kering dengan pengudaraan yang baik, pengcahayaan yang cukup dan dinding yang bersih.
Penyajian Makanan
Bekas hidangan halal tidak boleh digunakan untuk makanan yang tidak halal. Makanan yang telah dimasak tidak boleh dikendali dengan tangan. Bekas makanan yang berisi makanan tidak boleh ditindih semasa dipamerkan atau dihidangkan. Makanan yang sedia dimakan dan dipamerkan perlu ditutup dengan sempurna. Buahan yang dipotong hendaklah diletakkan didalam kabinet dalam cara yang tidak menjejaskan kebersihan dan keselamatan makanan.
1Malaysia - Senawang, Kuala Lumpur, Seremban
1 Malaysia - Senawang -
Seremban - K.Lumpur
Senawang Ke Kuala Lumpur Ke Seremban (SKS)
Jualan Murah Setiap Masa.
Salam Syawal 1431 Hijrah
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin
Salam sejahtera kepada penggemar Perencah dan semua pengunjung blog ini. Pada
13/8/2010 semua harga rempah diseralaskan RM7
disebabkan sedikit kenaikan daripada pihak pengeluar. Jangan khuatir kerana saya
masih menjual rempah ini pada harga berpatutan
dibandingkan tempat lain. Saya lebih mementingkan kualiti produk yang dijual dan
kepuasan pelanggan yang dihormati. Saya syorkan
Rempah Mak Pon Muar & Kuih Bangkit Tradisional Tapah Road.
Penghantaran pos Perencah Mak Pon
ni adalah dalam bentuk pes (basah)Kebiasaannya perencah dihantar kepada pembeli
menggunakan pos laju Kami amat menggalakkan anda memilih COD (Cash on Delivery)
sekiranya anda berada di sekitar KL-Kajang-Seremban-Senawang-Kuala Pilah (Laluan
LEKAS) bagi mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran.
Kos bagi COD adalah percuma buat
masa ini. Tempahan untuk COD mestilah melebihi 2 bungkus. Kos tambahan mungkin
akan dikenakan sekiranya anda membuat tempahan kurang 2 bungkus. Hubungi saya
untuk maklumat lanjut Simpan Perencah tahan lama sekiranya disimpan di peti
sejukbeku ... boleh tahan sehingga lebih setahun
Kedai Rempah Online

Welcome to Kedai Rempah Online Maz & Shai
The Malaysian Traveller's Store. Kedai Rempah Online Maz & Shai is managed by Mazlinda & Shaiful and of course specializing in Malaysian cultures especially with local food (Muar). We are making an up-to-date research of the need of Malaysian in foreign countries to serve for your needs. " This is a Malaysian retail store that aims to provide the best virtual shopping experience with the rich selection of Malaysian taste."We are committed to bring you as many Malaysian flavors at the click of your mouse. If you require any item which are not in the list here, please email us, will try our best to locate them for you. All efforts will be made to meet the demands of our customers and to exceed our customers ’expectations. Feel free to contact us HERE .








