KEDAI REMPAH ONLINE MAZ DAN SHAI

DAPATKAN REMPAH MAK PON MUAR DI SINI! Mee Bandung, Mee Rebus, Soto, Ikan Bakar & Asam Pedas ! Sedap! Diusahakan oleh Perusahaan Orang Kampung (IKS) Kini semua orang boleh memasak. Tempahan dibuka sepanjang masa..

Perencah Direct Dari Kilang Muar

~ DAPATKAN SEGERA PERENCAH ASLI ~
MAK PON MUAR DIRECT DARI KILANG
(Kami Borong dan Kami Jual)

Kedai Online Sejak 2009


Mee Bandung (400 gram) - RM8.00, Mee Rebus (400 gram) - RM8.00, Soto (250gram) - RM8.00, Asam Pedas (450gram) - RM8.00, Sambal Ikan Bakar (600gram) - RM8.00 Kos Pos Laju : 1-3 Bungkus, Kos Pos Check di POS LAJU NATIONAL CURIER!

SUKAR DAPATKAN?? Kuala Pilah (Ambil di tempat yang ditetapkan)(Free Delivery) Kepada yang nak ambil sendiri ..Boleh datang ke Rumah ( TAMAN BANDAR SENAWANG). Area Kuala Lumpur pula jumpa di MENARA 1 DBKL, Stesen LRT Bandaraya (Sogo)(Free Delivery), Dataran Merdeka dan berdekatan dengannya. SMS lebih awal sebelum order @ datang! Bagi yang duduk di kawasan luar liputan, boleh gunakan khidmat pos laju, harga adalah tidak termasuk pos. Harga untuk pos dikira berdasarkan kadar yang telah saya tetapkan berdasar kadar POS LAJU. Rujuk syarat-syarat order.


Versi Asal : www.rempah2u.blogspot.com
Pertanyaan : 012-9789529

NOTA : SIMPAN PETI SEJUK BEKU

MAK PON Mee Bandung (400 gram) RM10.00 RM8.00
MAK PON Rendang (250 gram) RM10.00 RM8.00

MAK PON Mee Bandung Power (400 gram) RM15.00
MAK PON Kuah Rojak (Bekas) RM5.00

MAK PON Sambal Ikan Bakar (600gram) RM10.00 RM8.00
MAK PON Asam Pedas (450gram) RM10.00 RM8.00

MAK PON Mee Rebus (400 gram) RM10.00 RM8.00
MAK PON Soto (250gram) RM10.00 RM8.00


Mee Bandung Muar Johor (M)


Mengancam Beb!! Fuhh, tengok Mee Bandungnya pun sudah cukup menggiurkan. Tu belum makan lagi… Betul ke ada mee bandung muar  yg sedap kat Kuala Lumpur ni.. Mai sepinggan... Susah nak cari mee bandung yang asli dan sedap kat Kuala Lumpur ni.  Harga pun berpatutan (RM8 bagi 10 orang makan)... Total makan 10 orang tak sampai pun RM20 boleh tambah macam-macam ikut kreativiti kawan2.. Nak tambah udang galah ke udang harimau pun terpulang.. Kalau singgah Jalan Raja Laut boleh COD depan bangunan DBKL HQ. Gerenti puas hati. One of the best  Mee Bandung Muar i ever taste.

Syarat-Syarat Pos @ COD


Harga RM7.50 - RM8 adalah berpatutan kerana harga pasaran sekitar KL RM9-RM10. Kami amat menggalakkan anda memilih COD (Cash on Delivery) sekiranya anda berada di sekitar KL-Senawang-Kuala Pilah bagi mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran. Kos bagi COD adalah percuma buat masa ini. Tempahan untuk COD mestilah melebihi 2 bungkus. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Kepada yang nak datang ambil sendiri ..Boleh datang ke Rumah (Taman Bandar Senawang). Area Kuala Lumpur pula jumpa di MENARA 1 DBKL, Stesen LRT Bandaraya Sogo (Free Delivery), Dataran Merdeka dan berdekatan dengannya.. SMS lebih awal sebelum order @ datang! BUAT PARA PENGUNJUNG YANG BERKENAN DGN REMPAH DI SINI. TIDAK PERLU WAS-WAS UTK MEMBELI SECARA ONLINE KERANA 50% REMPAH YANG TERJUAL ADALAH SECARA ONLINE...HARAP MAKLUM.

Maybank : 1-64155-55046-4
Nama : Shaiful Hafiz Bin Yahya
Penghantaran Dengan Pos Laju.
*Kos penghantaran ditanggung pembeli
* Kadar ikut Pos Laju National Courier
*Sms jumlah/produk untuk TOTAL KOS

Sebarang pertanyaan hubungi Hp : 012-9789529 Email: epyahya@yahoo.com

Monday, January 31, 2011

PBC Shoppe - 88, 囍, 喜, 發,發財

AYOOH! JOM BELI BELAH DI SINI! Macam-Macam Ada.
. Chinese New Year Fever . 1 Malaysia . Chinese New Year Fever .

Sunday, January 30, 2011

PBC Shoppe - 恭喜发财,万事如意,主里蒙恩


恭喜发财,万事如意,主里蒙恩 (gong xi fa cai, wan shi ru yi, zhu li meng en)!Usher in the Year of the Rabbit. Regarded as the oldest and most important festival in the Chinese calendar, the Chinese New Year, also known as Lunar New Year, began as a traditional celebration to welcome the harvest of spring. 1 Malaysia wish Happy Chinese New Year! It is the year of the Rabbit! Coming once a year, the New Year brings a time to celebrate and share excitement with others. Happy Chinese New Year! Celebrate and enjoy good fortune.

Wednesday, January 26, 2011

PBC Shoppe - Mee Siput Muar Online

Kenangkan kembali waktu sekolah dulu, Masuk dalam plastik letak sambal colek.. Remukkan sampai hancur..curah sambal selagi boleh, nasib la kalau wak kedai tu marah biarkan kembang atau pun sebati dengan mee siput, baru makan! Waktu sekolah kat Bukit Pasir dulu pula harganya 30 sen satu + sebungkus sambal tumis ikan bilis. Kini kalau mengidam kena balik Muar pulak…

Makan mee siput ni memang suka "repeat". Waktu kecik dulu selalu colek dengan kuah cili macam sos keropok lekor. Sekarang suka makan dengan kicap cili pula. Sekali dah makan memang tak boleh berhenti mengunyah. Lebih kurang makan Mister Potato pulak.

Dengar nama aje memang lawak gila? Ada ke Siput.. Letak le Ramlah Ram ke Kriss Dayanti ke.. Bentuk macam maruku, bulat-bulat makan dengan sambal pulak tu. Pelik! Mana ada maruku makan dengan sambal. Tapi, sedap. Belum cuba belum tahu. Hehehe.


Pengetahuan AM.

Pernahkah anda dengar snek mee siput? Mee Siput ni sebenarnya snek atau makanan ringan tradisi orang Muar. Cari la di tempat lain, Melaka yang berjiran dengan Muar ni pun takde mee siput…apatah lagi daerah, negeri lain..

Mee Siput Muar Hajah Azizah (di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Muar) diperbuat daripada campuran tepung gandum, tepung sagu, garam dan pewarna yang dibenarkan. Diuli sehingga jadi mcm mee kuning tu…Kemudian mee tadi dipintal menjadi seperti sanggul atau cengkerang siput… Mee ni tadi di jemur di bawah panas terik matahari. Dah cukup kering baru la boleh digoreng…

Mee Siput yang di goreng ni, sedap makan begitu saja atau sesiapa yang suka pedas, boleh makan dengan sambal tumis, sambal kicap atau asam pedas. Menyelerakan sungguh.

Serius saya katakan, makan mee siput tanpa sambal ibarat makan nasi tak berlauk…tak kick…Sambal la penyedap mee siput ni…curah ikut selera, baru best…

Sesiapa yang ingin merasa mee siput ni, sukacita di beritahu, tempahan mee siput di buka sepanjang masa. Kami beroperasi secara online dan offline. Penghantaran mee siput menggunakan Skynet atau Poslaju. Silalah order sekarang. InsyaAllah Mee Siput yang anda terima adalah dalam keadaan baik walaupun mungkin terdapat sedikit pecah (bergantung kpd pengendalian oleh staff penghantaran).

Saturday, January 22, 2011

PBC SHOPPE - TQ Pelanggan SeMalaysia

ANTARA PELANGGAN REMPAH2u - [Order Sabarudin DBKL] Order Midah DBKL [Order Kak Rad DBKL] Order Kak Jue DBKL [Order Kak Sam DBKL] Order Bangi [Order Bangsar-Menara TM] Order CC Yati DBKL [Order Adziah CIMB] Order CT [Order Cyber JPJ] Order Damansara [Order Hartamas] Order Syukri HKL [Order HotFM] Oder Icah [Order Ita JB] Order Larkin [Order Kajang] Order Kajang Saujana Impian [Order Kajang Taman Saujana] Order Kolej Height Sikamat [Order Kajang Cheras] Order Marcosa [Order MPS] Order Jasmin Ampang [Order Puchong] Order Penghulu Cantik [Order Rasah] Order Shah Alam [Order Sabah Arisa] Order Azizah Petronas Segamat [Order Selayang] Order Semarak [Order Seremban] Order Seremban2 [Order Sg Besi] Order Wangsa [Order UOA] Order TSJ [Order Taman Satria] Order Tasya Alliance Bank] Order Sikamat, Order Kak Lina Q616 Andalucia, [Pelanggan Car Boot Sale Senawang] Pelanggan Car Boot Sale Ayer Keroh Melaka [Order D'elise] Order Sabah Puan Ros, Pelanggan Sekitar Seremban-Senawang-KL [Pelanggan DBKL] dan ramai lagi. TERKINI ORDER CYBERJAYA PUAN KAFLINA KAMARUL. ORDER BUKIT DESA. ORDER PUCHONG. ORDER GANU HANIF. DAN ORDER DBKL, PAK YA, SUE, RADIAH OSC, RADIAH JRBB, KAK SAM, KAK SHAMSIAH, IBU, KAK JUE, ALIN, KAK CT, KAK ITA UNITEN DAN RAMAI LAGI. TERIMA KASIH DAUN KELADI. KALAU SEDAP BELILAH LAGI. BUDI BAIK ANDA KAMI HARGAI. SYUKRAN.

PBC Shoppe - Senarai Harga Produk

MAK PON Mee Bandung (400 gram) RM7.00
MAK PON Rendang (250 gram) RM7.00

MAK PON Sambal Ikan Bakar (600gram) RM7.00
MAK PON Asam Pedas(450gram) RM7.00

MAK PON Mee Rebus (400 gram) RM7.00
MAK PON Soto (250gram) RM7.00

MAK PON Mee Bandung Power (400 gram) RM11.00
MAK PON Kuah Rojak (Bekas) 4.00

KOLEKSI D'BERIANI

Perencah Nasi Bariani Maharani(100Gram) - RM5.00
Perencah Bariani Maharani (250Gram) - RM7.00
Perencah Ayam Tandoori Amal - RM4.00
Dapatkan Segera!



MEE SIPUT MUAR

Perusahaan Bumiputera halal lagi menyelerakan setiap pek mengandungi 20 keping mee siput yang ranggup apabila digoreng. Enak dimakan begitu sahaja maupun dengan sambal tumis atau sambal kicap. Rasa sekali pasti nak lagi. lokasi sekarang di Jalan Raja Laut, KL - Taman Bandar Senawang, N9. Penghantaran Pos ditanggung oleh pembeli.



  • 1 pek = RM5
  • 2 pek = RM10
  • 3 pek = RM15

Hubungi SHAIFUL (012-9789529)

Friday, January 21, 2011

PBC Shoppe - Sambal Lokan N Kupang



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Satu Malaysia

Saya cukup suka kerana makanan kegemaran saya ade dekat dengan kediaman rumah mak mertua. Nak tau ape dia? Haa kalau sesiapa dok Kelantan masa kecik2 dulu mesti tahu??. Entah ape nak disebutkan ketul ke seekor...Kat kelantan pun susah jugak nak dapat walaupun mengidam pun rasanya tak dapat makan kottt...Tapi kat Muar, sebelum jambatan dekat Parit Bunga hari-hari ada, melambak sangat. Laris betul jualan kupang ini.

Hari ni kebetulan rumah mak mertua buat kenduri. Jadi adik ipar pergi beli kat gerai kupang tu lah. Apalagi dia beli lahhh...Murah rupanya harga dia. 3 kg baru RM10.00. Dia beli 9 kg. Cukuplah untuk 20 orang makan. Tak sangka pulak bila tengok makanan kegemaran ada depan mata. Apa Orang Kelantan panggil dia lokan. Bila ditanya tuan punya gerai ape nama dia, dia cakap tak tahu. Jadi sekali harunglah dia panggil kupang... Hentam sajalah labu.

Balik rumah mak mertua dok fikir nak masak ape dengan lokan ni. Biasa bila makan kat kedai, masak mesti ada yang berkuah (masak lemak cili api campur belimbing jeruk), Bila fikir punya fikir, kalau guna SAMBAL IKAN BAKAR MAK PON MUAR mesti sedap ni...Jadi tukang masak mulalah operasinya...Bila dah masak, makanlah...ok jugaklahhh.....tetamu pun suka..Jadi anda semua boleh cuba..Layan...

PBC Shoppe - Peminat 1 Malaysia

epyahya[@]yahoo.com

mee bandung muar

Thursday, January 20, 2011

PBC Shoppe - 1001 Matlamat Dan Objektif

Blog rempah ini bertujuan memperkenalkan perencah-perencah dan rempah masakan dari Muar, Johor. Di samping berkongsi maklumat dan membantu suri rumah dan mereka yang berminat menyediakan hidangan Johor seperti mee rebus, mee bandung, soto, asam pedas, ikan bakar dan beriani. Kami juga merancang untuk menambahkan lain-lain produk seperti muffin dan mee siput muar pada masa akan datang.

Kami berharap dapat membantu anda menjadi tukang masak yang tidak lagi mempunyai masalah memikirkan mahu masak apa hari ini bila ada tetamu datang? Nah semuanya telah tersedia di depan mata.

Perencah ini merupakan produk segera untuk menyediakan hidangan dengan belanja yang rendah. Terserahlah kepada anda menyesuaikan masakan dengan menambah dan mengurangkan mana-mana yang dirasa patut untuk melazatkan lagi hidangan yang ada.

Jika anda menyukai perencah ini, menggembirakan seisi rumah, sahabat, saudara mara dengan hidangan yang membuka selera, saya turut gembira. Sesungguhnya saya mengajak anda untuk berjimat cermat dengan mengajak keluarga dan saudara mara makan di rumah.

Setelah makan, ramai yang memuji kelazatan masakan. Kebijaksanaan isteri memasak merapatkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri. Bijak Berbelanja dan bijak memilih. Selamat Mencuba! Renung-renungkan.

Wednesday, January 19, 2011

PBC Shoppe - Kisah Anak Perantau

Saya dilahirkan dibesarkan di sebuah pekan kecil Tg Malim Perak.. Di situ cuma terkenal dengan pau cina (Yik Mun).. Ntah kenapa namanya dikenali diseluruh Malaysia.. Rata-rata orang Tg Malim tidaklah meminati pau ini seperti orang luar. Ia hanyalah pau semata-mata seperti pau-pau yg lain cuma dijual oleh orang cina (tidak dipasti pembuatannya). Tapi kalau nak rasa pau melayu bolehlah beli yang depan bangunan Telekom, sedap dan besar. Kita stop pasal pau. Mee Bandung memang ada jual kat mana-mana...tapi tak sama dengan mee bandung Muar tu dan terasa benar nak buat sendiri. Sebelum ni bila saya teringin nak makan mee bandung,order kat kedai luar.tapi rasa dia memang beza-berbeza.rasa macam mee celur biasa jer yang diletakkan sos sebab masa tu tak tahu rasa mee bandung yang asli tapi bila dah ada perencah ni senang jer. Saya memang ready jer beberapa peket kat rumah senang bila orang datang pun boleh buat.berbaloi rm 7.00 boleh makan untuk 8-10 orang.

Monday, January 17, 2011

Saturday, January 15, 2011

PBC Shoppe - Jom Jimat


Hari ini saya nak share satu tips yang simple bagaimana kita boleh berjimat tanpa menjadi kedekut. Kurangkan makan di luar. Cubalah masak dan makan di rumah bersama keluarga. Perbezaan terlalu besar di antara masak sendiri dan makan di kedai. Kita juga dapat meluangkan masa bersama keluarga.Kalau waktu bekerja pulak, boleh la bawak bekal makanan yang dah dimasak kat rumah. Oh ya, jangan pula jadi kedekut sehingga tidak mahu langsung makan makanan sedap-sedap dan sanggup ikat perut. Ingat, berjimat dengan tidak membazir. Bukan Kedekut.

PBC Shoppe - Kempen Jimat Cermat

Insyallah! Anda masih mampu berjimat dengan membeli perencah di sini disamping menikmati hidangan bersama-sama keluarga. Kalau makan di kedai pun sepinggan mee bandung hampir RM5. Fakta Sebenar! Kebanyakan hotel, Restoran Asam Pedas terkenal menggunakan pes segera yang boleh didapati dari Muar. Mengapa bayar lebih untuk hidangan yang sama.

PBC Shoppe - Betul. Betul Sedap

MASIH INGAT LAGI...once upon a time
Sedap, lazat dan disukai ramai....
-
Anda Tidak Perlu
  1. Cari kawan yang balik Muar, kirim beli perencah
  2. Cari rempah-ratus masak sendiri.
  3. Cari resepi di internet, majalah, atau Tanya mak.
  4. Bayar tol
  5. Cari parking
  6. Isi petrol

Anda Hanya Perlu

  1. Tekan button order
  2. Order perencah seberapa byk yg anda mahu
  3. Selesaikan bayaran
  4. Kami pos untuk anda selepas pembayaran disahkan
  5. Sangat senang, mudah, pantas, yang penting perencah sampai depan pintu rumah !!!Order hari ini, esok anda boleh makan sambil chatting di facebook, baca email, dan baca gossip artis depan pc. Nyum.Nyum. Beli-belah lebih mudah di alam maya.

Monday, January 10, 2011

PBC Shoppe - Kempen Berjimat Cermat

ANEKA PERENCAH MEE REBUS,MEE BANDUNG & SOTO HANYA CARI MEE DAN BAHAN SEPERTI SAYUR UDANG DLL. MUDAH, PEKAT DAN SEDAP..CUBALAH SEKARANG. SUNGGUH MUDAH, SEMUDAH ABC. WWW.REMPAH2u.BLOGSPOT.COM

PBC Shoppe - Cara Nak Bakar Ikan Bakar

Cuba sendiri keenakan sambal ikan bakar Mak Pon Muar. Sesiapa yg teringin nak makan, bolehlah buat sendiri lepas ni...Selamat mencuba.Gunakan daun pisang dan daun mengkudu.
  1. Sediakan kuali leper, letak daun pisang di dalam kuali leper tadi.
  2. Siram sambal ikan tadi di atas ikan yg hendak dibakar (simpan baki sambal ikan utk ikan yg telah siap dibakar), dan balut dengan daun mengkudu.
  3. Kemudian letak di dalam kuali leper tadi dan tutup kuali dgn penutup kuali.
  4. Bakar dgn api perlahan sehingga masak.
  5. Bila ikan bakar setengah masak, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yg separuh masak.
  6. Tunggu hingga betul-betul masak. Jangan hitam.

Sunday, January 2, 2011

Mee Bandung - Hidangan 24 Jam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sajer je nak share kat sini satu perencah @ rempah mee bandung Muar yg bg saya....sangat sedap dan lazat....juga cukup mudah utk disediakan....Nak sediakan mee bandung cukup senang dgn adanya rempah ni...semudah ABC...tak perlu terer giler memasak...cukup sekadar tahu membaca..... ikut je apa yg tertulis kat paket dia tu cara2 nak sediakan mee bandung tu.....cuma kalau nak pekat @ kurangkan rasa pedas...adalah cara dan tips2 lain lak yg kena belajar.... Cara penyediaan: P/S: Kalau nak lagi sedap boleh gantikan mee kuning dengan spaghetti.

  1. Rebus daging bg empuk....ikut suka la nak byk mana daging tu...air rebusan daging tu jgn dibuang.
  2. Tumis rempah (minyak sikit je)...pastu kalau nak masukkan udang, time ni masukkan la....bila udang dah nampak merah...tuang air rebusab daging bersama daging tu tadi...
  3. Masukkan tauhu yg dah dipotong2...rasalah...kalau kurang masin tambah la garam....
  4. Bila dah mendidih, masukkan plak sawi ngan tomato potong dadu atau potong 4
  5. Sblm angkat, pecahkan telur berapa bijik yg korang suka la....jgn godak...biarkan sampi telur tu masak....seketul-seketul...
  6. Nak makan, tuangkan kuah mee bandung atas mee....tabur bawang goreng sket....fuh......yummy!!!!

p/s: sebungkus ni boleh makan 5-6 org, ataupun 7-8 org...dependsla gaya makan masing2. anggaran air, dlm 7 gelas....kalau terlebih air (kuah kurang pekat), ambik biskut marie yg original tu....ramas2 bg hancur....tabur je dlm kuah time mendidih tu.....

Saturday, January 1, 2011

PBC Shoppe - Aneka Perencah Malaysia

Orang Malaysia amat menggemari dan menghargai jenis-jenis makanan mereka yang berbagai-bagai jenis dan rasa. Setiap negeri di Malaysia mempunyai sajian makanan yang unik untuk dinikmati.

Negeri Melaka menawarkan sajian Baba Nyonya di kafe menarik yang lazimnya terletak di bangunan kedai lama yang bersejarah. Kelantan yang merupakan pusat kebudayaan Melayu turut menyajikan hidangan Melayu eksotik yang beraneka perisa dan warna. Muar terkenal dengan mee bandung, rojak petis dll lagi. Pilihan makanan beraneka jenis yang terdapat di sini telah dikenali di seluruh dunia sebagai Makanan Malaysia.

PBC Shoppe - Sambal Ikan Bakar

Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan biarkan ikan atau makanan laut tadi masak. Enak dimakan bersama nasi yang hangat.

Nota : Boleh juga digunakan siakap, ikan bawal hitam atau ikan kembung. Jika suka makanan laut seperti udang dan sotong juga boleh digunakan.

PBC Shoppe - Sambal Ikan Bakar

Sesuai utk pelbagai jenis ikan dan ianya hendaklah dibakar menggunakan daun pisang atau aluminium foil.Letakkan sambal ikan tadi diatas badan ikan yg sudah dibakar dan perahkan sebiji limau kasturi.

1Malaysia - Senawang, Kuala Lumpur, Seremban

 1 Malaysia - Senawang - Seremban - K.Lumpur
Senawang Ke Kuala Lumpur Ke Seremban (SKS)

Jualan Murah Setiap Masa.

Jualan Murah Setiap Masa! Seluruh Malaysia, Seremban, Senawang, Kuala Pilah, Kuala Lumpur. Anda Pilih Untuk Pos Laju @ Pesan - Datang Ambil Sendiri!

Salam Syawal 1431 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin Salam sejahtera kepada penggemar Perencah dan semua pengunjung blog ini. Pada 13/8/2010 semua harga rempah diseralaskan RM7 disebabkan sedikit kenaikan daripada pihak pengeluar. Jangan khuatir kerana saya masih menjual rempah ini pada harga berpatutan dibandingkan tempat lain. Saya lebih mementingkan kualiti produk yang dijual dan kepuasan pelanggan yang dihormati. Saya syorkan Rempah Mak Pon Muar & Kuih Bangkit Tradisional Tapah Road.

Penghantaran pos Perencah Mak Pon ni adalah dalam bentuk pes (basah)Kebiasaannya perencah dihantar kepada pembeli menggunakan pos laju Kami amat menggalakkan anda memilih COD (Cash on Delivery) sekiranya anda berada di sekitar KL-Kajang-Seremban-Senawang-Kuala Pilah (Laluan LEKAS) bagi mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran.

Kos bagi COD adalah percuma buat masa ini. Tempahan untuk COD mestilah melebihi 2 bungkus. Kos tambahan mungkin akan dikenakan sekiranya anda membuat tempahan kurang 2 bungkus. Hubungi saya untuk maklumat lanjut Simpan Perencah tahan lama sekiranya disimpan di peti sejukbeku ... boleh tahan sehingga lebih setahun

 

Kedai Rempah Online

Welcome to Kedai Rempah Online Maz & Shai

The Malaysian Traveller's Store. Kedai Rempah Online Maz & Shai is managed by Mazlinda & Shaiful and of course specializing in Malaysian cultures especially with local food (Muar). We are making an up-to-date research of the need of Malaysian in foreign countries to serve for your needs. " This is a Malaysian retail store that aims to provide the best virtual shopping experience with the rich selection of Malaysian taste."We are committed to bring you as many Malaysian flavors at the click of your mouse. If you require any item which are not in the list here, please email us, will try our best to locate them for you. All efforts will be made to meet the demands of our customers and to exceed our customers ’expectations. Feel free to contact us HERE .