Blog rempah ini bertujuan memperkenalkan perencah-perencah dan rempah masakan dari Muar, Johor. Di samping berkongsi maklumat dan membantu suri rumah dan mereka yang berminat menyediakan hidangan Johor seperti mee rebus, mee bandung, soto, asam pedas, ikan bakar dan beriani. Kami juga merancang untuk menambahkan lain-lain produk seperti muffin dan mee siput muar pada masa akan datang. Kami berharap dapat membantu anda menjadi tukang masak yang tidak lagi mempunyai masalah memikirkan mahu masak apa hari ini bila ada tetamu datang? Nah semuanya telah tersedia di depan mata.
Perencah ini merupakan produk segera untuk menyediakan hidangan dengan belanja yang rendah. Terserahlah kepada anda menyesuaikan masakan dengan menambah dan mengurangkan mana-mana yang dirasa patut untuk melazatkan lagi hidangan yang ada.
Jika anda menyukai perencah ini, menggembirakan seisi rumah, sahabat, saudara mara dengan hidangan yang membuka selera, saya turut gembira. Sesungguhnya saya mengajak anda untuk berjimat cermat dengan mengajak keluarga dan saudara mara makan di rumah.
Setelah makan, ramai yang memuji kelazatan masakan. Kebijaksanaan isteri memasak merapatkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri. Bijak Berbelanja dan bijak memilih. Selamat Mencuba! Renung-renungkan.










No comments:
Post a Comment