Pengedar Mak Pon Muar KL - Seremban. Hampir 10 Ribu Bungkus Terjual Semenjak 2009
Perencah Direct Dari Kilang Muar
Kedai Online Sejak 2009
Mee Bandung Muar Johor (M)
Syarat-Syarat Pos @ COD
Monday, January 31, 2011
PBC Shoppe - 88, 囍, 喜, 發,發財
Sunday, January 30, 2011
PBC Shoppe - 恭喜发财,万事如意,主里蒙恩

Friday, January 28, 2011
Wednesday, January 26, 2011
PBC Shoppe - Mee Siput Muar Online
Kenangkan kembali waktu sekolah dulu, Masuk dalam plastik letak sambal colek.. Remukkan sampai hancur..curah sambal selagi boleh, nasib la kalau wak kedai tu marah biarkan kembang atau pun sebati dengan mee siput, baru makan! Waktu sekolah kat Bukit Pasir dulu pula harganya 30 sen satu + sebungkus sambal tumis ikan bilis. Kini kalau mengidam kena balik Muar pulak…Makan mee siput ni memang suka "repeat". Waktu kecik dulu selalu colek dengan kuah cili macam sos keropok lekor. Sekarang suka makan dengan kicap cili pula. Sekali dah makan memang tak boleh berhenti mengunyah. Lebih kurang makan Mister Potato pulak.
Dengar nama aje memang lawak gila? Ada ke Siput.. Letak le Ramlah Ram ke Kriss Dayanti ke.. Bentuk macam maruku, bulat-bulat makan dengan sambal pulak tu. Pelik! Mana ada maruku makan dengan sambal. Tapi, sedap. Belum cuba belum tahu. Hehehe.

Mee Siput Muar Hajah Azizah (di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Muar) diperbuat daripada campuran tepung gandum, tepung sagu, garam dan pewarna yang dibenarkan. Diuli sehingga jadi mcm mee kuning tu…Kemudian mee tadi dipintal menjadi seperti sanggul atau cengkerang siput… Mee ni tadi di jemur di bawah panas terik matahari. Dah cukup kering baru la boleh digoreng…
Mee Siput yang di goreng ni, sedap makan begitu saja atau sesiapa yang suka pedas, boleh makan dengan sambal tumis, sambal kicap atau asam pedas. Menyelerakan sungguh.
Serius saya katakan, makan mee siput tanpa sambal ibarat makan nasi tak berlauk…tak kick…Sambal la penyedap mee siput ni…curah ikut selera, baru best…
Sesiapa yang ingin merasa mee siput ni, sukacita di beritahu, tempahan mee siput di buka sepanjang masa. Kami beroperasi secara online dan offline. Penghantaran mee siput menggunakan Skynet atau Poslaju. Silalah order sekarang. InsyaAllah Mee Siput yang anda terima adalah dalam keadaan baik walaupun mungkin terdapat sedikit pecah (bergantung kpd pengendalian oleh staff penghantaran).
Saturday, January 22, 2011
PBC SHOPPE - TQ Pelanggan SeMalaysia
PBC Shoppe - Senarai Harga Produk


MAK PON Rendang (250 gram) RM7.00
MAK PON Asam Pedas(450gram) RM7.00
MAK PON Soto (250gram) RM7.00
MAK PON Mee Bandung Power (400 gram) RM11.00
MAK PON Kuah Rojak (Bekas) 4.00
Perencah Bariani Maharani (250Gram) - RM7.00
Perencah Ayam Tandoori Amal - RM4.00
Dapatkan Segera!
MEE SIPUT MUAR
Perusahaan Bumiputera halal lagi menyelerakan setiap pek mengandungi 20 keping mee siput yang ranggup apabila digoreng. Enak dimakan begitu sahaja maupun dengan sambal tumis atau sambal kicap. Rasa sekali pasti nak lagi. lokasi sekarang di Jalan Raja Laut, KL - Taman Bandar Senawang, N9. Penghantaran Pos ditanggung oleh pembeli.
- 1 pek = RM5
- 2 pek = RM10
- 3 pek = RM15
Hubungi SHAIFUL (012-9789529)
Friday, January 21, 2011
PBC Shoppe - Sambal Lokan N Kupang


Saya cukup suka kerana makanan kegemaran saya ade dekat dengan kediaman rumah mak mertua. Nak tau ape dia? Haa kalau sesiapa dok Kelantan masa kecik2 dulu mesti tahu??. Entah ape nak disebutkan ketul ke seekor...Kat kelantan pun susah jugak nak dapat walaupun mengidam pun rasanya tak dapat makan kottt...Tapi kat Muar, sebelum jambatan dekat Parit Bunga hari-hari ada, melambak sangat. Laris betul jualan kupang ini.
Hari ni kebetulan rumah mak mertua buat kenduri. Jadi adik ipar pergi beli kat gerai kupang tu lah. Apalagi dia beli lahhh...Murah rupanya harga dia. 3 kg baru RM10.00. Dia beli 9 kg. Cukuplah untuk 20 orang makan. Tak sangka pulak bila tengok makanan kegemaran ada depan mata. Apa Orang Kelantan panggil dia lokan. Bila ditanya tuan punya gerai ape nama dia, dia cakap tak tahu. Jadi sekali harunglah dia panggil kupang... Hentam sajalah labu.
Thursday, January 20, 2011
PBC Shoppe - 1001 Matlamat Dan Objektif
Blog rempah ini bertujuan memperkenalkan perencah-perencah dan rempah masakan dari Muar, Johor. Di samping berkongsi maklumat dan membantu suri rumah dan mereka yang berminat menyediakan hidangan Johor seperti mee rebus, mee bandung, soto, asam pedas, ikan bakar dan beriani. Kami juga merancang untuk menambahkan lain-lain produk seperti muffin dan mee siput muar pada masa akan datang. Kami berharap dapat membantu anda menjadi tukang masak yang tidak lagi mempunyai masalah memikirkan mahu masak apa hari ini bila ada tetamu datang? Nah semuanya telah tersedia di depan mata.
Perencah ini merupakan produk segera untuk menyediakan hidangan dengan belanja yang rendah. Terserahlah kepada anda menyesuaikan masakan dengan menambah dan mengurangkan mana-mana yang dirasa patut untuk melazatkan lagi hidangan yang ada.
Jika anda menyukai perencah ini, menggembirakan seisi rumah, sahabat, saudara mara dengan hidangan yang membuka selera, saya turut gembira. Sesungguhnya saya mengajak anda untuk berjimat cermat dengan mengajak keluarga dan saudara mara makan di rumah.
Setelah makan, ramai yang memuji kelazatan masakan. Kebijaksanaan isteri memasak merapatkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri. Bijak Berbelanja dan bijak memilih. Selamat Mencuba! Renung-renungkan.
Wednesday, January 19, 2011
PBC Shoppe - Kisah Anak Perantau
Saya dilahirkan dibesarkan di sebuah pekan kecil Tg Malim Perak.. Di situ cuma terkenal dengan pau cina (Yik Mun).. Ntah kenapa namanya dikenali diseluruh Malaysia.. Rata-rata orang Tg Malim tidaklah meminati pau ini seperti orang luar. Ia hanyalah pau semata-mata seperti pau-pau yg lain cuma dijual oleh orang cina (tidak dipasti pembuatannya). Tapi kalau nak rasa pau melayu bolehlah beli yang depan bangunan Telekom, sedap dan besar. Kita stop pasal pau. Mee Bandung memang ada jual kat mana-mana...tapi tak sama dengan mee bandung Muar tu dan terasa benar nak buat sendiri. Sebelum ni bila saya teringin nak makan mee bandung,order kat kedai luar.tapi rasa dia memang beza-berbeza.rasa macam mee celur biasa jer yang diletakkan sos sebab masa tu tak tahu rasa mee bandung yang asli tapi bila dah ada perencah ni senang jer. Saya memang ready jer beberapa peket kat rumah senang bila orang datang pun boleh buat.berbaloi rm 7.00 boleh makan untuk 8-10 orang.Monday, January 17, 2011
1Malaysia - Senawang, Kuala Lumpur, Seremban
1 Malaysia - Senawang -
Seremban - K.Lumpur
Senawang Ke Kuala Lumpur Ke Seremban (SKS)
Jualan Murah Setiap Masa.
Salam Syawal 1431 Hijrah
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin
Salam sejahtera kepada penggemar Perencah dan semua pengunjung blog ini. Pada
13/8/2010 semua harga rempah diseralaskan RM7
disebabkan sedikit kenaikan daripada pihak pengeluar. Jangan khuatir kerana saya
masih menjual rempah ini pada harga berpatutan
dibandingkan tempat lain. Saya lebih mementingkan kualiti produk yang dijual dan
kepuasan pelanggan yang dihormati. Saya syorkan
Rempah Mak Pon Muar & Kuih Bangkit Tradisional Tapah Road.
Penghantaran pos Perencah Mak Pon
ni adalah dalam bentuk pes (basah)Kebiasaannya perencah dihantar kepada pembeli
menggunakan pos laju Kami amat menggalakkan anda memilih COD (Cash on Delivery)
sekiranya anda berada di sekitar KL-Kajang-Seremban-Senawang-Kuala Pilah (Laluan
LEKAS) bagi mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran.
Kos bagi COD adalah percuma buat
masa ini. Tempahan untuk COD mestilah melebihi 2 bungkus. Kos tambahan mungkin
akan dikenakan sekiranya anda membuat tempahan kurang 2 bungkus. Hubungi saya
untuk maklumat lanjut Simpan Perencah tahan lama sekiranya disimpan di peti
sejukbeku ... boleh tahan sehingga lebih setahun
Kedai Rempah Online

Welcome to Kedai Rempah Online Maz & Shai
The Malaysian Traveller's Store. Kedai Rempah Online Maz & Shai is managed by Mazlinda & Shaiful and of course specializing in Malaysian cultures especially with local food (Muar). We are making an up-to-date research of the need of Malaysian in foreign countries to serve for your needs. " This is a Malaysian retail store that aims to provide the best virtual shopping experience with the rich selection of Malaysian taste."We are committed to bring you as many Malaysian flavors at the click of your mouse. If you require any item which are not in the list here, please email us, will try our best to locate them for you. All efforts will be made to meet the demands of our customers and to exceed our customers ’expectations. Feel free to contact us HERE .









