Pengedar Mak Pon Muar KL - Seremban. Hampir 10 Ribu Bungkus Terjual Semenjak 2009
Perencah Direct Dari Kilang Muar
Kedai Online Sejak 2009
Mee Bandung Muar Johor (M)
Syarat-Syarat Pos @ COD
Friday, December 31, 2010
PBC Shoppe - Message FB
PBC Shoppe - Support Produk Melayu Islam
Wednesday, December 29, 2010
1Malaysia - AFF SUZUKI CUP 2010
The AFF SUZUKI CUP is a biennial football competition organised by the ASEAN Football Federation and contested by the national teams of Southeast Asia. The 2010 AFF Cup, sponsored by Suzuki and officially named the 2010 AFF Suzuki Cup, are taking place on December 1–29, 2010. It was a great game marred only by the green laser incident. Bad supporters!!! So, when we won the match, they would blame it on the lasers. - Sorry No Hard Feeling. Good Match.
Monday, December 20, 2010
Saturday, December 11, 2010
Berjimat Sempena Kenaikan Gula, Petrol
Tanpa Keluarga Di Sisi!
Kerana Agak Mahal????
Insyallah! Anda masih mampu berjimat dengan membeli perencah di sini disamping menikmati hidangan bersama-sama keluarga. Kalau makan di kedai pun sepinggan mee bandung hampir RM5. Fakta Sebenar! Kebanyakan hotel, Restoran Asam Pedas terkenal menggunakan pes segera yang boleh didapati dari Muar.
Friday, December 10, 2010
Tuesday, December 7, 2010
PBC Shoppe - Sambal Tumis Kering
Bahan-bahan:
- Segengam/1 senduk besar ikan bilis kering - dicuci dan ditos
- 7 sudu besar pes sambal ikan bakar mak pon
- 3 ulas bawang putih - mayang
- 1 bawang besar - mayang
- 1 sudu kecil pes asam jawa (dicampur dengan sedikit air)
- 1/2 sudu kecil garam
- 4 sudu besar gula pasir
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Dalam periuk sederhana, tuang sedikit minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat.
- Dalam kuali dan minyak tadi, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan pes lada giling, tumis sehingga garing. Ingat, kena sampai garing ye, kalau tak sambal anda tidak sedap, dan cepat basi. Garing, bukan hangus!
- Apabila sambal telah garing, cepat-cepat tambah air asam jawa, gula, dan garam. Dengan kehadiran gula, warna sambal akan serta merta bertukar gelap. Jangan panik :)
- Dah sebati? Masukkan semula ikan bilis goreng tadi. Gaul sehingga mesra.
PBC Shoppe - Nasi Lemak Muar
Bahan-bahan:
- 2 cawan beras
- 2 helai daun pandan -dicuci bersih, simpul
- 1/2 kotak santan kelapa
- Sedikit hirisan halia (saiz 1/2 ibu jari je taw) dan bawang merah
Cara-cara:
- Mula-mula cuci beras macam biasa.
- Masukkan 1/2 kotak santan kelapa, pastu tambah air ikut sukatan beras macam biasa :)
- Tambah hirisan halia dan bawang merah, serta daun pandan yang sudah disimpul.
- Masak atas api sederhana, atau dalam periuk elektrik, jangan tutup sepanjang nasi sedang masak tu, kacau la sekali sekala supaya santan sebati (tak naik).
- Bila nasi dah mula masak, kacau buat kali terakhir sebelum tutup dengan penutup periuk.
Hmm.. Tunggu sampai masak dan boleh hidangkan.
PBC Shoppe - Sambal Tumis Muar
Assalamualaikum Wrt. Wbt
Hari ini nak kongsi resipi sambal tumis Muar ramai yang tidak tau cara memasak sambal tumis style muar.. Kelebihan sambal tumis ni.. tidak berbau selagi tidak letak belacan.... Jadi resipi ni mudah je untuk masak sambal tumis yang mengancam la kira nyer...
Bahan-bahan:
- Ikan Bilis
- Pes Sambal Ikan Bakar Mak Pon Muar (Ganti Bahan Blender ie Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia)
Penambah Rasa:
- Asam Keping - 1 keping
- Air Asam Jawa - secukup rasa
- Gula - secukup rasa
- Garam - secukup rasa
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing..Angkat ke dalam mangkuk.
- Masukkan pes sambal ikan bakar ke dalam minyak tadi dan tumiskan sehingga naik minyak.
- Tambahkan bahan penambah rasa.. asam keping, air asam jawa, gula dan garam... Rasa dan tambahkan apa2 yang kurang mengikut selera sendiri dan boleh juga tambahkan bawang besar yang dihiris, ke dalam sambal tumis tadi.
Note:
Kalau suka.. boleh tambahkan belacan... tp ada bau belacan. Ikan bilis juga boleh di gantikan dengan kerang, ikan tenggiri, udang, sotong atau ayam... Sangat sesuai dimakan dengan nasi lemak. Mengancam!
Terima Kasih...
Sunday, December 5, 2010
Sambal Tumis Ikan Bilis Mak Pon Muar
Friday, December 3, 2010
PBC Shoppe - Second Order Sabah
“Salam. Saya saya nak order 2 rempah asam pedas, 1sambal ikan bakar & 1 rempah bariani250gm. Terima Kasih.” D.K Ros Rita A.G Talip Kementerian Kewangan Wisma Kewangan, 88593, Kota Kinabalu Sabah. Berat bersamaan 1.84kg atau 1840g total kos RM19 + 25% = RM23.95. Terima Kasih Puan Ros.
Sunday, November 28, 2010
PBC Shoppe - TQ Pelanggan SeMalaysia
Wednesday, November 24, 2010
PBC Shoppe - Produk Dari Muar
Di Muar, Mee bandung muar ini sgt popular dikalangan semua bangsa sehingga kini..
PES ini,mudah diedarkan di gerai2 makan, restoran2... pasar2 malam,rakan2, jiran mahupun saudara mara..
Ianya pula sangat mudah disediakan, tahan lama (dlm peti ais)... dan rasanya....emmmmm memanglah lazattttttt!!!!! Keasliannya pula, pastilah yg terbaekkk punya!!!
Sesiapa yang ingin membuat sendiri ikan bakar di rumah, saya ada menjual pes ikan bakar yang enak rasanya untuk dicuba.
Saturday, November 20, 2010
PBC Shoppe - Trademark Perniagaan Kami!
- Kemudahan penghantaran Senawang hingga Kuala Lumpur.
- Penghantaran secara pos bagi pelanggan di luar kawasan.
- Penjimatan luar biasa semasa membeli hingga hidangan.
- Menikmati juadah yang enak dan sedap bersama keluarga,
- Dimana-mana juga tidak kira di rumah, pejabat, majlis.
Monday, November 15, 2010
Sunday, November 14, 2010
Saturday, November 13, 2010
Pandai Memasak Bermacam Resipi
Thursday, November 11, 2010
PBC Shoppe - Tempahan Daripada Sabah
“Salam. Saya Arisa dari Sabah. Berminat nak beli 2 bungkus rempah soto. 1 bungkus mee rebus dan 1 bungkus mee bandung. Termasuk kos pos ke Sabah.” Arisa Ahmad IPD, Ranau Sabah. Berat bersamaan 1.35kg atau 1350g total kos RM15 + 25% = RM18.90. Terima Kasih Cik Arisa.
Monday, November 8, 2010
Kesilapan Semasa Proses Penyediaan Makanan
Makanan dan Minuman
Penyediaan Makanan
Alatan yang digunakan bersih dan mengasingkan peralatan untuk mengendalikan makanan masak dan makanan mentah. Makanan mesti dimasak secukupnya dan dimasak di tempat yang bersih, tinggi dan kalis air.
Penyimpanan Makanan
- Makanan masak dan makanan mentah perlu diasingkan tempat penyimpanannya.
- Simpan makanan di tempat dan suhu yang selamat.Makanan yang hendak disediakan perlu dinyahbekukan secukupnya sebelum dimasak.
- Elakkan makanan disimpan di antara suhu 10oC – 60oC.
- Makanan hendaklah disimpan pada suhu dibawah 4oC dan melebihi 60oC.
- Jangan simpan makanan yang telah dimasak 4 jam pada suhu bilik.
Simpanan Sejuk
- Asingkan penyimpanan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak pada ruang yang berbeza. Ruang di bahagian atas adalah untuk makanan yang telah dimasak dan ruang dibahagian bawah untuk makanan yang belum dimasak.
- Makanan mentah dan makanan masak perlu disimpan di dalam bekas tertutup rapat.
- Makanan mentah yang menitis perlu diletakkan dibahagian bawah dengan bekas yang sesuai.
Simpanan Sejuk Beku
- Ikan dan daging hendaklah disimpan dalam ruang beku secepat mungkin.
- Simpanan perlu dilakukan dalam bahagian-bahagian yang kecil.
- Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah dinyah sejuk beku.
- Penyimpanan makanan untuk disejukbeku mestilah di dalam bekas yang tidak telap wap air untuk mengelakkan kekeringan.
- Makanan mentah hendaklah dicuci dengan sempurna sebelum di simpan.
Simpanan Kering
- Bahan kering seperti rempah, beras dan tepung perlu disimpan di tempat yang kering.
- Simpanan mestilah tinggi daripada aras lantai dan jauhkan daripada dinding dan paip.
- Jangan menyimpan makanan kering di dalam bekas bahan kimia.
- Ruang penyimpanan mestilah kering dengan pengudaraan yang baik, pengcahayaan yang cukup dan dinding yang bersih.
Penyajian Makanan
Bekas hidangan halal tidak boleh digunakan untuk makanan yang tidak halal. Makanan yang telah dimasak tidak boleh dikendali dengan tangan. Bekas makanan yang berisi makanan tidak boleh ditindih semasa dipamerkan atau dihidangkan. Makanan yang sedia dimakan dan dipamerkan perlu ditutup dengan sempurna. Buahan yang dipotong hendaklah diletakkan didalam kabinet dalam cara yang tidak menjejaskan kebersihan dan keselamatan makanan.
Saturday, November 6, 2010
Jualan Terbuka Sempena Hari Raya Haji 2010
Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang. Kami di Rempah2u menyediakan berbagai perencah untuk masakan antaranya Soto, Mee Bandung, Mee Rebus, Nasi Beriani pun ada dan lain-lain lagi. Sangat melazatkan. Sila hubungi saya Shaiful 012-9789529. Terima Kasih.
Thursday, November 4, 2010
Warung Mee Bandung Maisarah, Senawang
Wednesday, November 3, 2010
Asam Pedas Muar Johor
Monday, November 1, 2010
Saturday, October 30, 2010
Warung Maisarah - Antara Bandung
Ramuan Mee Bandung Muar ni memang lain pasal kita guna banyak udang kering dan ada juga menggunakan udang basah dan sup tulang.” Batu Pahat Berasaskan kacang tanah dan udang kering. Rasa Mee Bandung Batu Pahat lemak dan udang. Muar rasa udang dan pedas. Warna kuah Mee Bandung Batu Pahat kuning kecoklatan. Muar kemerahan. Bentuk Mee Bandung Batu Pahat serbuk. Manakala Mee Bandung Muar pes basah.
Nak tahu.. kena cuba rasa sendiri dan bezakan.
Nak makan Mee bandung yang sedap pada harga murah?
RM7 sebungkus jer,makan untuk 10 orang dengan citarasa sendiri.
Mee Bandung Muar Juga dikenali sebagai Mee Bandung Muara, dimasak bersama air daging, telur, sotong kembang, daging, sawi dan ditaburkan bawang goreng. Enakkan.
Senarai Produk & Harga Sept 2010
MAK PON Rendang (250 gram) RM7.00
Saturday, October 23, 2010
Tips Keluarga Bahagia
Hari ini saya nak share satu tips yang simple bagaimana kita boleh berjimat tanpa menjadi kedekut. Kurangkan makan di luar. Cubalah masak dan makan di rumah bersama keluarga. Perbezaan terlalu besar di antara masak sendiri dan makan di kedai. Kita juga dapat meluangkan masa bersama keluarga.Kalau waktu bekerja pulak, boleh la bawak bekal makanan yang dah dimasak kat rumah. Oh ya, jangan pula jadi kedekut sehingga tidak mahu langsung makan makanan sedap-sedap dan sanggup ikat perut. Ingat, berjimat dengan tidak membazir. Bukan Kedekut.
Thursday, October 21, 2010
Penjimatan Seisi Keluarga
Tanpa Keluarga Di Sisi!
Kerana Agak Mahal????
Insyallah! Anda masih mampu berjimat dengan membeli perencah di sini disamping menikmati hidangan bersama-sama keluarga. Kalau makan di kedai pun sepinggan mee bandung hampir RM5. Fakta Sebenar! Kebanyakan hotel, Restoran Asam Pedas terkenal menggunakan pes segera yang boleh didapati dari Muar.
1Malaysia - Senawang, Kuala Lumpur, Seremban
1 Malaysia - Senawang -
Seremban - K.Lumpur
Senawang Ke Kuala Lumpur Ke Seremban (SKS)
Jualan Murah Setiap Masa.
Salam Syawal 1431 Hijrah
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin
Salam sejahtera kepada penggemar Perencah dan semua pengunjung blog ini. Pada
13/8/2010 semua harga rempah diseralaskan RM7
disebabkan sedikit kenaikan daripada pihak pengeluar. Jangan khuatir kerana saya
masih menjual rempah ini pada harga berpatutan
dibandingkan tempat lain. Saya lebih mementingkan kualiti produk yang dijual dan
kepuasan pelanggan yang dihormati. Saya syorkan
Rempah Mak Pon Muar & Kuih Bangkit Tradisional Tapah Road.
Penghantaran pos Perencah Mak Pon
ni adalah dalam bentuk pes (basah)Kebiasaannya perencah dihantar kepada pembeli
menggunakan pos laju Kami amat menggalakkan anda memilih COD (Cash on Delivery)
sekiranya anda berada di sekitar KL-Kajang-Seremban-Senawang-Kuala Pilah (Laluan
LEKAS) bagi mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran.
Kos bagi COD adalah percuma buat
masa ini. Tempahan untuk COD mestilah melebihi 2 bungkus. Kos tambahan mungkin
akan dikenakan sekiranya anda membuat tempahan kurang 2 bungkus. Hubungi saya
untuk maklumat lanjut Simpan Perencah tahan lama sekiranya disimpan di peti
sejukbeku ... boleh tahan sehingga lebih setahun
Kedai Rempah Online
Welcome to Kedai Rempah Online Maz & Shai
The Malaysian Traveller's Store. Kedai Rempah Online Maz & Shai is managed by Mazlinda & Shaiful and of course specializing in Malaysian cultures especially with local food (Muar). We are making an up-to-date research of the need of Malaysian in foreign countries to serve for your needs. " This is a Malaysian retail store that aims to provide the best virtual shopping experience with the rich selection of Malaysian taste."We are committed to bring you as many Malaysian flavors at the click of your mouse. If you require any item which are not in the list here, please email us, will try our best to locate them for you. All efforts will be made to meet the demands of our customers and to exceed our customers ’expectations. Feel free to contact us HERE .